Najib tetapkan matlamat majoriti dua pertiga

Antara senarai perkara yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang ialah untuk Barisan Nasional mendapat majoriti dua pertiga.

Najib berkata demikian dalam mesyuarat tertutup pra-pilihan raya umum dengan penyelaras BN hari ini.

Ini menurut pemimpin BN yang hadir dalam pertemuan itu, termasuk Ketua Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

“Perdana menteri menyebutkan tentang majoriti dua pertiga. Itulah harapan kita dalam pilihan raya ini dan Najib telah membayangkan bahawa mencapai majoriti dua pertiga sangat penting,” kata Budiman kepada pemberita di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sementara itu, Najib juga memberitahu parti komponen BN tidak boleh mengandaikan bahawa mereka boleh bertanding di kerusi tradisi mereka.

Menurut Ketua badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar,  Najib juga menegaskan kepada penyelaras BN mengenai pentingnya sikap toleransi antara parti komponen dalam gabungan pemerintah.

“Kita tidak boleh bertanding berdasarkan prinsip status quo dan kita sebaliknya mestilah bertanding berdasarkan prinsip BN.

“Untuk mencapai ini, parti komponen tidak boleh lagi mengamalkan status quo,” kata Noh.

Noh berkata, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, menegaskan bahawa idea untuk mengekalkan status quo telah diamalkan dalam tiga pilihan raya umum lalu dan sudah tiba masanya untuk perubahan.

Seperti apa yang dikatakan oleh presiden (Najib), tambah Noh, kini sudah tiba masanya untuk membuat beberapa perubahan kerana kerusi tertentu bukan milik parti tertentu sahaja.

“Kita mesti melihat sama ada kerusi itu boleh menang (oleh calon tertentu) atau tidak dan boleh diterima oleh rakyat atau tidak,” kata Noh.

[Baca berita penuh]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password