‘Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB’

'Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB'

Berikutan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas kediaman mantan Perdana Menteri, sejumlah wang dan puluhan beg tangan mewah telah ditemui.

Dari sekeping gambar yang tersebar di media sosial, Najib Razak dan Rosmah Mansor kelihatan begitu letih sampai kedua-duanya tertidur di sofa kediaman mereka.

Melihatkan keadaan rumah Najib yang tidak henti-henti digeledah, seorang penyokong beliau hadir menyuarakan pendapat.

Wanita yang merupakan Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor bernama Nazilah Idris ini mendakwa Najib yang kelihatan tenang walaupun berdepan ujian getir adalah seorang insan terpilih.

Najib insan terpilih

Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB

“Dia (Najib) orang terpilih untuk terima dugaan. Sesiapa saja orang yang bersalah tidak akan kelihatan setenang itu,” kata Nazilah kepada media selepas menziarahi kediaman bekas Presiden UMNO itu di Taman Duta.

Nazilah juga turut membela penemuan harta mewah Najib yang ditemui dengan banyak di rumah Najib.

Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB

“Datuk Seri Najib anak Perdana Menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi Menteri Besar Pahang selama 30 tahun,” kata Nazilah dengan yakin.

“Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan. Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB.”

Penyokong bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa dia pasti harta kekayaan tersebut bukan saja ada di rumah Najib tetapi pasti ada juga di rumah lain yang lebih besar.

Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB

“Jadi apa yang nak dipertikaikan. Apa yang kita perlu sekarang ialah mencari kebenaran tentang 1MDB.”

Pihak polis sebelum ini mengesahkan Najib disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Semoga semuanya akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Rosmah Dalam Keadaan Baik – Peguam

Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB

Ramai berada dalam kerisauan sebab dah lama tak nampak isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah sejak 9 Mei. Namun menurut Malaysiakini, peguam Rosmah dah menjelaskan yang Rosmah kini berada dalam keadaan baik.

Peguam M Puravalen meninggalkan kediaman Najib pada jam 1.10 petang tadi dan memberitahu Najib dan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menerangkan yang kehadirannya adalah untuk mewakili Rosmah tetapi enggan mendedahkan kes mana yang diwakilinya.

Najib Razak Keturunan Bangsawan, Kemewahan Tiada Kaitan Dengan 1MDB

“Saya tidak boleh memberi komen, kamu perlu tanya polis.”

Walau bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada polis telah memulakan siasatan terhadap Rosmah.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Nazilah Idris memberitahu Najib berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun rumahnya digeledah pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan walaupun tidak putus disoal siasat pihak polis. Kalau seseorang itu bersalah ataupun rasa bersalah dan buat salah, mesti dalam keadaan yang tak boleh tenang macam ini.”

Rosmah ada rupanya bersama-sama suami dia selama ni.

Sumber: Lobak Merah

 

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password