NAFI JALIN CINTA DENGAN AHYA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NAFI JALIN CINTA DENGAN AHYA

 

Dakwaan yang mengatakan dirinya kononnya menjalin cinta dengan anak kepada aktres veteran, Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli, 30, telah ditepis oleh penerbit drama, Datuk A Aida, 47.

Aida atau nama penuhnya, Zaidah Awang, memberitahu bahawa kenyataannya mengenai kontroversi itu sebelum ini, disalah erti sesetengah pihak. Ini kerana, kata Aida yang dia hanya menganggap Ahya sebagai adik.

“Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Sebenarnya, gosip percintaan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana saya sedang mengenali individu lain berstatus orang kenamaan… Umurnya juga dalam lingkungan usia saya.

“Saya sedang mengenali seorang VVIP yang lebih berusia dari saya. Saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan kerana banyak hati yang perlu saya jaga.

“Malu rasanya apabila timbul cerita kononnya saya bercinta dengan Ahya. Ini kerana anak saya sendiri berada dalam lingkungan umurnya.

“Ramai yang salah interpretasi cerita yang dilaporkan sebelum ini. Apabila saya cakap tidak menolak andai jodoh, itu tidak bermakna saya ada hubungan istimewa dengannya. Beza kami 17 tahun. Saya lebih selesa mencari pasangan yang lebih tua,” katanya.

“Ini mencemarkan imej saya kerana ada yang menuduh saya suka ‘pucuk muda’,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Ahya yang bertebaran sejak akhir tahun lalu.

Aida berkata, beliau tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak dengan memanjangkan gosip bercinta dengan Ahya itu.

“Industri seni ini kecil saja… Cukuplah dengan penafian ini kerana sudah lama saya mendiamkan diri hingga isu jadi makin meruncing,” katanya.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password