NAFI ‘DATUK’ DITARIK – Farid Kamil

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: NAFI 'DATUK' DITARIK

 

Ramai pihak mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh pelakon Farid Kamil sejak ditahan reman, disahkan positif dadah dan berdepan dengan dakwaan jenayah.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Farid memberitahu beliau tidak menerima sebarang makluman rasmi bahawa gelaran itu akan ditarik balik. Farid meminta netizen berhenti membuat spekulasi liar berhubung isu tersebut.

“Berhubung kontroversi terbabit, saya belum dapat apa-apa maklum balas secara formal mengenai gelaran yang dianugerahkan kepada saya itu,” jelasnya.

Farid menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember tahun lepas, sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Terdahulu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menerima baik sekiranya Farid memulangkan Darjah itu dengan rela hati berikutan kontroversi beliau didakwa di mahkamah.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password