Nafi Dakwaan Status Pengacara Termahal Malaysia,Ini Respon Nabil Ahmad.

Nafi Dakwaan Status Pengacara Termahal Malaysia,Ini Respon Nabil Ahmad.

Sering mengacarakn acara-acara besar, Nabil Ahmad menafikan dakwaan mengatakan beliau merupakan pengacara termahal di Malaysia. Bagi Nabil, soal harga bayaran bergantung kepada keadaan dan ianya boleh dibawa berbincang.

“Nak cakap harga saya mahal, tak juga sebab saya selalu mendapat tawaran daripada penganjur yang sama, mereka ‘repeat order’ dan semuanya bergantung menerusi sesi perbincangan dengan pelanggan”

“Bagi saya, skil perhubungan awam serta hubungan baik dengan penganjur harus saya pentingkan berbanding meletakkan harga mahal. Jika acara itu melibatkan organisasi besar, takkan saya mahu meletakkan harga murah pula?”

“Secara peribadi, soal meletakkan harga, semuanya mengikut keadaan dan boleh dibawa berbincang,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai dakwaan mengatakan beliau antara pengara termahal.

Tambah Nabil, beliau selalu mengingatkan dirinya untuk merendah diri dengan kedudukan yang dikecapinya kini kerana segalanya bermula dari bawah. Malah Nabil juga berkongsi pengalaman pernah mengacarakan majlis tanpa ada bayaran di sebuah stesen minyak di kampungnya.

Bukan senang untuk berjaya tapi tidak mustahil, apa yang penting adalah usaha dan percaya pada diri. Tahniah Nabil yang semakin sukses, semoga pengalaman beliau memberi inspirasi kepada mereka yang masih belum berjaya.

.

.

.

.

.

Sumber : Astro Gempak

Sumber :KakiShareTV

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password