Datuk Sri Bung Moktar SIBUK

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: SIBUK
“Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi.“Saya tidak hebat tanpa mereka,” ujar pelakon Zizie Izette, 39, yang memberitahu suaminya iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Moktar Radin, 58, tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami biarpun sibuk sebagai wakil rakyat.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan secara rawak di Instagram berkaitan cara menjaga anak-anaknya dengan suami yang selalu sibuk.

Zizie yang berkahwin dengan Bung Moktar yang merupakan seorang duda pada 2009 itu dikurniakan cahaya mata kembar lelaki bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Selain itu, Zizie juga ditanya bagaimana dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Zizie berkata, dia dan keluarganya tidak pernah ada istilah anak angkat kerana kesemua mereka adalah tanggungjawab dan amanah Allah.

“Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat.

“Dalam keluarga kami tiada istilah anak angkat. Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata,” ujarnya.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password