ISTERI TAK JADI BEDAH

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISTERI TAK JADI BEDAH

“Alhamdulillah isteri saya tak jadi bedah untuk bersalin setelah doktor pantau kesihatan ‘bidadari’ di hospital,” tulis pelakon Adam Corrie yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad tidak perlu menjalani pembedahan untuk bersalin.Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata bayi mereka akan lahir tidak cukup bulan jika isterinya terpaksa bersalin awal dari tarikh yang dijangka.

“Kalau bidadari saya bersalin semalam, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari saya dan baby Lee,” jelasnya.

Tambah Adam lagi, doktor menasihati isterinya untuk berehat dan tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengawal tekanan darah tinggi.

Pelakon ‘KL Gangster’ ini turut memohon maaf bagi pihak Fazema kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana isterinya perlu masa untuk berehat.

“Doktor nasihatkan banyakkan berehat. Tak boleh keluar rumah supaya darah tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak.

“Baby Lee nak bermanja lagi dalam rahim mak tu. Saya wakil bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya, beliau tak dapat menjawab sebarang panggilan.

“Telefon pintar dia silent. Perlukan masa untuk diri sendiri berehat,” ujarnya yang berkahwin dengan Fazema pada 2008 dan dijangka bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan Julai ini.

Rata-rata pengikut Adam di laman sosial itu mendoakan agar segala urusan keluarganya berjalan dengan baik.

Selain itu, Adam juga menegaskan dia berhak untuk memadam komen dan menyekat siapa sahaja yang tidak menjaga adab.

“Ini Instagram saya, saya berhak untuk padam komen dan sekat sesiapa sahaja yang tidak menjaga adab. Terima kasih,” katanya.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password