‘BIGO LIVE’ – Natasha Elyzza

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 'BIGO LIVE'

“Isu itu membuatkan ramai bimbang mahu ambil berlakon kononnya takut saya buat hal. Ada antara alasannya pihak stesen televisyen menolak nama saya kerana kononnya isu itu masih segar lagi.

“Tipu kalau saya katakan hal seperti ini tidak membunuh kerjaya. Saya akui, jatuh terduduk juga kerana kontroversi ini.

“Tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, Tasha sedar, segala kesalahan itu datang daripada dirinya sendiri yang gagal menggunakan akal untuk berfikir secara rasional,” kata pelakon Natasha Elyzza.

Kepada Utusan, Natasha mengatakan dia menyesal terbabit dengan kontroversi itu dan mengakui ia adalah perbuatan bodoh.

Kontroversi Bigo Live membabitkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha sudah berlalu lebih enam bulan.

Meskipun sudah berlalu lama, namun impaknya terhadap kerjaya Fathia dan Natasha sangat besar dan berpanjangan.

Tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, Natasha sedar, segala kesalahan itu datang daripada dirinya sendiri yang gagal menggunakan akal untuk berfikir secara rasional.

“Tak nak dengar cakap orang inilah padahnya. Saya degil tak mendengar nasihat orang dan gagal mengawal diri sedangkan ada banyak lagi cara lain untuk berseronok.

“Saya sedar apa yang dilakukan itu adalah satu perbuatan bodoh! Bodoh sangat! Tetapi, saya terima natijahnya, itu semua pengajaran dan kalau Tuhan tak sayangkan saya, dia tak kurniakan dugaan seperti itu.

“Kalau tidak, di masa depan entah-entah banyak lagi perkara bodoh yang mungkin akan saya lakukan tanpa sedar seterusnya merosakkan nama sendiri.

“Ada yang komen dan menghasut agar saya tidak diberikan tawaran berlakon. Kononnya perempuan macam saya ni tak patut ada dalam indusri, teruk, bermasalah dan sebagainya.

“Benarlah apa yang diperkatakan, buat baik orang tak nampak, buat jahat sekali, 100 tahun pun masih ada yang akan mengungkit walaupun kita sudah berubah dan menyesali perbuatan itu.

“Tak apalah, saya reda dan tetap akan berusaha. Satu yang saya pegang, rezeki pasti akan ada, lambat atau cepat, cuma saya perlu bersabar,” tuturnya.

Malah, teman lelaki Natasha sendiri berpaling tadah dengan menghilang, malah memburukkan dirinya.

“Bayangkan, dalam keadaan saya terduduk seperti itu, orang yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya bersikap sebaliknya. Malah lebih teruk, turut memburuk-burukkan saya.

“Mujurlah ada teman-teman baik yang sentiasa ada di sisi. Sehingga kini, merekalah yang banyak menegur dan menasihati supaya saya tidak merosakkan diri,” jelasnya.

Natasha mengakui persahabatan dengan Fathia kini pudar dan tidak tahu sebab sebenar Fathia tidak lagi menghubunginya.

“Selepas video itu tular, saya dengan dia sempat rapat sekejap tetapi kemudian dia pun macam buat hal sendiri.

“Tak pernah saya tanya kenapa kerana menganggap masing-masing sudah dewasa dan terpulanglah mahu berkawan dengan sesiapa.

“Tak tahu apa sebab Fathia buat begitu, tetapi jujurnya saya memang tiada masalah dengan dia. Elok juga begini kerana sama ada dia atau saya, kami tidak hilang atau rugi apa-apa pun kalau tidak berkawan.

“Saya tetap akan kenang dia sebagai seorang kawan yang baik dan mendoakan kejayaannya dalam hidup,” ujarnya.

Apapun, ia adalah satu pengajaran buat golongan selebriti agar tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan kritikan orang ramai.

Pastinya Natasha sudah belajar dari pengalamannya dan diharap Natasha berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password