“ADA SILAP SAYA, MUNGKIN TAK PANDAI JAGA SUAMI”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "ADA SILAP SAYA, MUNGKIN TAK PANDAI JAGA SUAMI"

“Saya tak sangka sebab saya percaya suami 100 peratus. Saya trust dia habis-habis tapi bila saya dapat tahu tiba-tiba dia kahwin so saya terimalah. Salah saya. Mungkin salah saya, ada silap saya.

“Mungkin saya tak pandai jaga suami saya, itu je. Mungkin saya tak pandai jaga suami, mungkin benda ni jadilah,” luah isteri pertama pemuzik GV, Intan Liana yang mengakui sukar menerima kenyataan bahawa suaminya sudah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda.

Intan yang akhirnya redha itu meluahkan serba sedikit perasaannya sebagai isteri melalui satu sesi temubual secara live di Facebook oleh Utusan Malaysia.

Tambah Intan, mengenali suaminya, Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, dia yakin bahawa suaminya akan berlaku adil dan bagi Intan, dia akan terus mempertahankan rumahtangganya selain memberikan fokus sepenuhnya buat keluarga.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ude mengakui yang dia dan Izreen sudah pun bernikah pada 8 Ogos lalu dan akan mengadakan doa selamat pada minggu hadapan selain akan menjelaskan situasi sebenarnya.

Selain itu, di atas rasa sayang pada keluarga, Intan yang redha dengan situasi tersebut tidak menolak kemungkinan dia dan Izreen mungkin boleh menjadi kawan di masa hadapan.

Ude dan Intan sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun iaitu pada 1 Mac 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang berusia 3 tahun dan seorang lagi 11 bulan.

Cukup sukar kami membayangkan apa yang dirasakan oleh isteri tercinta apabila terpaksa berkongsi kasih dengan madu. Mengakui bahawa suaminya seorang yang sangat baik, madu kepada Izreen ini redha dengan situasi tersebut.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password