MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 40 FOTO & 3 VIDEO

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 40 FOTO & 3 VIDEO

Pasangan selebriti iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura telah berkongsi video sekitar majlis pertunangan mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 13 November lalu itu diadakan secara sederhana di kediaman keluarga selebriti wanita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Walaupun beberapa jam berkongsi, ramai netizen memberi respond positif terhadap pertunangan yang terjadi dua hari sebelum mereka menunaikan umrah.

Dalam majlis tersebut, Fazura kelihatan cukup anggun dan manis dengan persalinan rona ungu muda yang sederhana dan tidak keterlaluan.

Video sekitar pertunangan hasil @blackpepperproduction itu setakat ini telah mendapat lebih 520 ribu jumlah tonton.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura dan semoga urusan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini dipermudahkan.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password