32 FOTO: KEJUTAN HARI LAHIR

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: 32 FOTO: KEJUTAN HARI LAHIR

Baru-baru ini, pelawak, pelakon dan penyanyi Achey Bocey telah membuat kejutan bagi menyambut ulangtahun kelahiran kepada isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya atau Anne yang ke-28.

Bertemakan pakaian sukan dan santai, majlis sambutan hari jadi itu diraikan meriah dengan kehadiran kenalan rapat antaranya Johan, Ozlynn, Fad dan Sharif Zero.

Dalam majlis tersebut, Achey telah menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah terpakai jenis Audi TT yang melangkau harga hampir RM300,000.

Achey atau atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, berkata dia tidak membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbitnya selama hampir sebulan kerana ingin melakukan kejutan hari jadi istimewa.

“Selama hampir sebulan juga saya tak benarkan isteri pegang atau periksa telefon bimbit saya. Saya ada beritahulah sebab apa tak benarkan. Dia tahu yang saya ada nak buat kejutan hari jadi untuknya.

“Tapi dia tak tahu apa elemen-elemen kejutan yang saya rancangkan. Malah, tiada siapa pun tahu kecuali penaja-penaja pada majlis itu,” katanya.

Menurut Achey, hadiah tersebut bagi menghargai usaha kerja keras isteri menguruskan kerjayanya selama lima tahun dalam industri.

“Saya hadiahkan kereta terpakai itu sebagai tanda penghargaan buat isteri yang selama ini menguruskan kerjaya saya selama lima tahun.

“Dia tidak pernah minta apa-apa daripada saya. Selama ini pun, saya sahaja yang minta. Jadi inilah hasil dari 2013 sampai 2018 dia menjaga saya.

“Lagipun, dia pernah kata kereta itu cantik tapi tak pernah pun minta untuk saya beli. Kiranya, ia satu kejutan istimewa untuknya,” ujarnya.

Terharu betul melihat pengorbanan Achey kepada isterinya. Bahagia sungguh melihat pasangan ini.

Hadiah itu pastinya membuatkan sesiapa saja terharu malah peminat Achey juga kagum dengan semangat dan juga cara Achey melayan isterinya bagai puteri.

Malah ada yang menjadikan Achey sebagai idola mereka selain mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan menambah sinar setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password