“Murah betul curi idea orang!” – ‘Acah’ lagu sendiri, Haqiem Rusli ‘curi’ idea Sufi Rashid

"Murah betul curi idea orang!" – 'Acah' lagu sendiri, Haqiem Rusli 'curi' idea Sufi Rashid

Lepas satu perkara berlaku, ada sahaja kontroversi lain yang melanda penyanyi muda berbakat besar Haqiem Rusli baru-baru ini.

Setelah tampil memberi penjelasan mengenai gimik kemurungan, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu membuatkan penyanyi Sufi Rashid berasa terkilan dengan sikapnya.

.

Ini kerana Haqiem telah menggunakan ‘intro’ lagu baru, Selamat Tinggal Sayang tanpa keizinannya terlebih dahulu selaku penyusun muzik asal.

Menerusi laporan HM Online, muzik itu disusun dalam bentuk demo olehnya pada tahun lalu, namun terkejut apabila mendengar ‘intro’ Selamat Tinggal Sayang sama dengan susunan yang dihasilkan.

Menurut penyanyi dari Singapura itu, dia tidak mahu penghargaan atau bayaran namun sebaliknya lebih ‘afdal’ sekiranya meminta izin mengikut prosedur yang ditetapkan.

.

Tambah Sufie, Haqiem selalunya akan melakukan demo menggunakan gitar tetapi penyanyi berusia 20 tahun itu memberitahu ingin membuat yang lebih ‘proper’ lalu dia menyusun semula lagu itu dengan piano.

“Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak,

“Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri. Lagi pula, lagu itu pun bukan ciptaan dia sepenuhnya, tapi bersama seorang rakannya,” katanya.

.

Sumber : HM Online

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password