“Mungkin salah saya tidak mampu untuk menghantar ayah saya ke hospital swasta…”

"Mungkin salah saya tidak mampu untuk menghantar ayah saya ke hospital swasta…"

Bagi mereka yang pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, pastinya pengalaman waktu menunggu lama merupakan salah satu sebab mengapa ramai yang mahu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Namun, bukan semuanya mampu untuk membayar bil rawatan yang tinggi, terutamanya apabila melibatkan penyakit-penyakit yang serius.

Begitulah pengalaman ‘pahit’ Ajie Safizi apabila tarikh yang tercatat kad temujanjinya telah tersalah tulis oleh jururawat bertugas sehingga menyebabkan beliau terpaksa menunggu lama gara-gara terlepas ‘tarikh temujanji’ yang sepatutnya.

Baca luahan beliau di bawah:

Gambar di mana keadaan mak yang letih dan ayah yang sedang menahan sakit. Sekarang baru jam 10 pagi, ada lagi 4 jam untuk menunggu. 

Maafkan saya wahai penjawat awam, dengarlah luahan hati kami. Mohon selepas ini, tuan puan bekerja dengan lebih fokus dan janganlah bekerja sambil lewa. 

Saya datang dari kampung saya di Negri Sembilan yang jaraknya sejauh 200km untuk sampai ke sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dalam keadaan cuaca yang hujan lebat dan kesihatan ayah yang baru saja menjalani pembedahan. 

Saya terpaksa bercuti awal semata-mata mahu memulakan perjalanan awal sebab dikatakan temujanji jam 9 pagi. Jadi kami terpaksa bermalam di hotel bagi memudahkan urusan doktor sebab risau-risaukan takut terlewat untuk temujanji. 

Tertulis pada sampul surat, tarik 16 November 2017 oleh hospital berdekatan untuk urusan di Putrajaya, dan ditelefon untuk peringatan tarikh yang sama. Tetapi bila kami tiba di sini, temujanji sebenarnya pada 6 November 2017. Jadi kami sudah terlewat 10 hari akikbat kesilapan tarikh yang ditulis pada surat oleh hospital berdekatan. 

 

Mungkin ini salah kami sampai awal sangat, jam 7 pagi. Kami kena tunggu sampai jam pukul 8.30 pagi untuk urusan pendaftaran. Akibatkan kelewatan kami, kami perlu menunggu sampai jam 2 petang kerana doktor sudah pun keluar. 

Kami betul-betul berharap doktor akan tiba jam 2 petang kerana kasihankan dengan kesihatan ayah yang baru saja dibedah pada perutnya sebab terpaksa duduk lama, sejak dari pagi lagi. Sekarang tengah baring di dalam kereta sehingga termuntah-muntah.

 

Saya faham tugas tuan puan, penjawat awam terutamanya di bahagian kesihatan amat sudah dan payah, tetapi janganlah leka atau sambil lewa sehingga menyusahkan kami. 

Tuan puan, terutamanya jururawat bahagian yang berkenaan, maafkan saya jika hanya post di Facebook, tetapi harap sekiranya tuan puan membacanya, harap tuan puan ambil yang positif. 

 

Mungkin salah saya tidak mampu untuk menghantar ayah saya ke hospital swasta untuk dilayan dengan terbaik, tetapi jika tuan puan melakukan kerja dengan cerman, mungkin hospital kerajaan boleh jadi lebih terbaik daripada hospital swasta.

Maafkan saya. Apa-apa pun Institut Kanser Negara terbaik.

Setiap yang hidup itu pastinya akan mati. Ayah kepada Ajie Safizi telah disahkan meninggal dunia semalam. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihan kepada arwah.

Sumber : Ajie Safizi



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password