“Muncung sangat tu abah..” – Tiada lagi lepak mamak, Jep tabah jaga anak sambil tonton Piala Dunia

"Muncung sangat tu abah.." – Tiada lagi lepak mamak, Jep tabah jaga anak sambil tonton Piala Dunia

Musim Piala Dunia pun telah tiba! Orang ramai terutama kaum lelaki mesti teruja untuk bersorak dan banyak menghabiskan masa di restoran mamak bagi menyaksikan pasukan bola sepak kegemaran mereka.

Bahang dan keterujaan semakin dirasai ketika perlawanan memasuki minggu akhir dengan kemunculan ‘zombie’ akibat berjaga malam dan ada yang ‘tidak sengaja’ terlupa akan tanggungjawab mereka.

Namun berbeza pula bagi pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu apabila banyak meluangkan masa di rumah bagi menonton perlawanan tersebut setelah mendapat cahaya mata, Dariya Inara.

“Zaman abah tengok bola kat mamak dah berakhir nakkk…”, kata suami kepada pelakon Sari Yanti itu di ruangan kapsyen posting tersebut.

Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat lepak menonton bola sepak bersama rakan-rakannya di luar, namun tanggungjawab terhadap bayi berusia dua bulan itu lebih diutamakan buat masa kini.

.

.

.

Sumber : Jep Sepahtu

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password