“Mula2 risau takde orang beli…” – Laku keras, Saharul Ridzwan jual tudung patuh syariah

"Mula2 risau takde orang beli…" – Laku keras, Saharul Ridzwan jual tudung patuh syariah

Nampaknya jadual seharian pelakon Saharul Ridzwan kelihatan agak padat pada bulan Ramadan ini. Bukan sahaja sibuk dengan penggambaran drama atau filem, malah dia juga meluangkan masa untuk menguruskan perniagaan miliknya.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon drama Hati Perempuan itu telah memuat naik sekeping gambar bersama isterinya Qaabila Deena Emir ketika selesai menjalankan perniagaan tudung di sebuah acara jualan.

Alhamdulillah. Yang tinggal dekat railing tu je. ❤❤❤ @qaabila.hq @gemalebaran2018 . Congrats sayang . Awal permulaan perbincangan, kami gusar dengan tudung labuh ni, dilabelkan sebagai ustazah, mungkin tak ada orang beli, lalu sy terus bertanya pada ustaz @tarmiziabdrahman , guru saya, berniagalah dengan niat yang betul, niat mencari rezeki yang boleh membuatkan Allah sayang pada orang yang memakainya nanti, jadi buatlah tudung labuh tu. InShaaAllah, Allah akan perluaskan lagi rezeki awak. Syukur Alhamdulillah. 🙏🏻❤

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

“Alhamdulillah. Yang tinggal dekat railing tu je @qaabila.hq @gemalebaran2018. Congrats sayang. Awal permulaan perbincangan, kami gusar dengan tudung labuh ni, dilabelkan sebagai ustazah, mungkin tak ada orang beli.

“Lalu saya terus bertanya pada ustaz @tarmiziabdrahman, guru saya, berniagalah dengan niat yang betul, niat mencari rezeki yang boleh membuatkan Allah sayang pada orang yang memakainya nanti, jadi buatlah tudung labuh tu.

“InShaaAllah, Allah akan perluaskan lagi rezeki awak. Syukur Alhamdulillah…”, katanya menerusi ruangan kapsyen.

.

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, pada mulanya dia dan isteri risau untuk menjual tudung patuh syariah itu kerana mungkin tidak akan mendapat sambutan.

Namun setelah mendapat pandangan oleh seorang ustaz, pasangan tersebut nekad untuk meneruskan perniagaan berasaskan tudung labuh tersebut.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim selamat mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada September 2016 dan dikurniakan seorang putera bernama Luth Ali yang hampir memasuki usia setahun.

Sumber : Saharul Ridzwan

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password