“Muka kedut macam ‘lace’ beropol…” – Giliran Rozita Che Wan pula ‘serang’ Zaihani

"Muka kedut macam 'lace' beropol…" – Giliran Rozita Che Wan pula 'serang' Zaihani

Kontraversi terus menjadi bualan masyrakat apabila kenyataan yang dibuat oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain mengenai ‘peha melimpah’ individu yang memiliki saiz badan besar. Kenyataan beliau bukan sahaja mendapat perhatian dari masyarakat, malah turut mendapat perhatian daripada beberapa selebriti tempatan.

Terbaru, Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta telah tampil memuat naik status di akaun Instagramnya.

.

Che Ta telah meluahkan rasa kurang selesa apabila Zaihani atau Kak Zai telah membuat tuduhan bahawa pengurusnya menjadi punca dan penyebar status yang dimuat naik di laman sosial pengkritik itu. Kak Zai juga meminta rakan-rakannya tidak membenarkan pengurus Rozita untuk membuat pinjaman baju kepada artis-artis di bawah pengurusan LOL Entertainment.

Che Ta menganggap bahawa hasutan pengkritik itu dianggap bodoh dan merugikan kerana artis lain mampu mempromosi baju rekaan mereka secara percuma.

Walau bagaimanapun, Kak Zai telah memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang terasa dan menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk mengeluarkan kenyataan menghina mengenai bentuk badan seseorang, sebaliknya ia sekadar luahan berdasarkan pengalaman yang dialaminya.

Sumber : Che Ta

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password