Mugabe enggan letak jawatan

GLOBAL I Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe membuat kejutan apabila enggan mengumumkan peletakan jawatannya meskipun menerima desakan pelbagai pihak.

Sebaliknya pemimpin yang telah berkuasa sejak 1980 itu menegaskan dia masih merupakan pemimpin tertinggi negara itu.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, Mugabe berkata dia akan mempengerusikan kongres parti pimpinannya Zanu-PF yang dijadualkan pada Disember.

“Saya sedar banyak perkara berlaku dalam parti ini, memandangkan kelemahan masa lalu dan menimbulkan kemarahan mereka dalam perkara tertentu tetapi saya yakin mulai malam ini seluruh negara kita akan berganding bahu,” katanya seperti dilapor The Guardian.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Zanu-PF memecatnya dan memberikan tempoh 24 jam untuk meletak jawatan atau disingkirkan jika gagal berbuat demikian.

Krisis di Zimbabwe bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.

Berikutan itu pihak tentera menahan Mugabe di kediamannya sebagai usaha untuk menghalang isterinya, Grace dilantik sebagai pengganti prsiden.

Sabtu lalu, beratus ribu rakyat Zimbabwe membanjiri jalan raya di sekitar Harare sambil menyanyi dan menari bagi meraikan kejatuhan Mugabe.

Semalam parti Zanu-PF mengadakan mesyuarat bagi membincangkan usaha menyingkirkan diktator itu dan melantik semula naib presiden, Emmerson Mnangagwa, yang dipecat.
 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password