Mudahnya Nak Buat Bunga Tisu Hias Hari Perkahwinan, Jom Ikut Enam Step Mudah Hasilkan Bunga Tisu Yang ‘Superb’ Cantik

 

Sekarang ini kalau nak buat majlis kenduri kahwin atau majlis akikah sememangnya orang akan bagi bunga telur untuk dibawa balik. Tapi kalau nak upah orang nak buat bunga telur ini perlukan banyak kos pula.

Apa kata kita cuba buat sendiri demi menjimatkan kos. Sedikit perkongsian dari Siti Hajar Sufian cara membuat bunga tisu ini dengan mudah. Selamat mencuba!

Minggu cuti sekolah nanti, mesti ada kengkawan nak mendirikan rumah tangga mahligai cinta istana bahagia. Siapa-siapa yang suka ber-DIY jom kita buat bunga tisu untuk majlis indah kalian nanti. Tutorial bunga tisu by cikloo.

Bahan bahan:
Tisu kotak ( cikloo guna tisu yang 3 lapis)
Gunting
Jarum dan benang / dawai bunga

Cara-caranya:



1. Keluarkan 3 keping tisu, susun. Jadilah 9 lapisan tisu
(Andai tisu yang kita beli tu bersaiz empat segi sama. Potong sedikit di bahagian tepi supaya dapat saiz 4 segi tepat yaa. Bila buat bunga guna saiz 4 segi sama bunga tak berapa kembang)

2. Boleh lipat tisu tadi macam nak buat kipas kertas tu
( Lipat mulakan dari saiz yang pendek yaa)



3. Siap lipat, ambik benang jahit di tengah tengah tisu tadi hingga kemas yaa
( Andai nak buat bunga telur, wajib guna dawai bunga tu ya kawan-kawan untuk mengikat tengah tengah tisu tu)



4. Kemudian, potong di kedua dua hujung menjadi bentuk U ataupun bentuk /



5. Boleh, di buka kuntuman dengan perlahan lahan dengan kasih sayang yaa. Tisu lembut kann nanti kasar kasar terkoyak pulak.



6. Siap, bolehlah di hias kat mana mana ikut kekreatifan anda yaa. Buat proop bergambar ke, hiasan hantaran tunang, kawin uolss nanti

Jommm layan video sambil dengar lagu budak kacamata ewahhh “Hanya Kamu”

Sumber – Siti Hajar Sufian

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password