MP persoal siapa ‘pakar’ pilih buku teks bahasa Inggeris

 

Kementerian Pendidikan diminta untuk mendedahkan butiran pihak didakwa “pakar” yang menyokong supaya dua buku teks subejk bahasa Inggeris tempatan digantikan dengan buku untuk pelajar Eropah.

Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata jawaban bertulis Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berhubung persoalan yang dibangkitkan di parlimen baru-baru ini tidak memuaskan.

Sebaliknya kata Zailril ia membawa lebih banyak persoalan berbanding jawaban.

Ada beberapa isu yang dibangkitkan Zairil berhubung pengambilan dua buku teks baru untuk sekolah di negara ini, termasuk tiada tender terbuka walaupun dicetak di dalam negara, juga aspek kos serta keputusan yang dianggap terburu-buru.

Selain itu anggota parlimen mewakili DAP itu juga mempertikaikan kandungan buku berkenaan yang didakwa mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk pelajar di negara ini, selain melibatkan bahasa Sepanyol.

Dalam penjelasannya Kamalanathan memberitahu keputusan mengambil naskhan itu sebagai buku teks sekolah dibuat selepas proses penilaian dijalankan “pakar bahasa Inggeris” yang dilantik oleh panel penilai.

Kata timbalan menteri itu lagi, walaupun mengandungi bahan asing ia tetap sesuai untuk pelajar Malaysia kerana selaras dengan tahap Rangka Kerja Rujukan Bahasa Eropah.

Berhubung tiada tender terbuka dibuat Kamalanathan menjelaskan ia tidak dapat dibuat kerana buku berkenaan sukar didapatkan sumbernya secara tempatan, selain perlu dipilih secara khusus.

Kata Zairul untuk buku Super Minds dan Pulse 2, ia dipilih daripada senarai yang dicadangkan sebuah “konsultan”.

“Malangnya penjelasan rasmi kementerian menimbulkan lebih banyak pertanyaan berbanding jawaban.

“Pertama, siapakah pakar bahasa Inggeris yang meluluskan buku teks asing ini?

“Juga, siapa yang menyediakan panel penilai yang memilih pakar-pakar itu?” katanya.

[Baca berita penuh]

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password