MP HARAPAN desak Petronas henti labur di Myanmar

Pakatan Harapan (HARAPAN) mendesak syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menarik diri daripada terus melabur di Myanmar sehingga kerajaan negara itu menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.

Anggota Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli berkata, HARAPAN sudah mengutuskan surat kepada presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin agar pertemuan dilakukan bagi membincangkan perkara itu.

“Petronas mempunyai beberapa pelaburan di Myanmar. Namun hanya satu projek sedang mengeluarkan hasil hidrokarbon iaitu projek lapangan gas Yetagun di Laut Andaman,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Katanya, Petronas hanya menyertai projek itu selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada projek berkenaan bagi memberikan tekanan kepada kerajaan Myanmar.

Katanya, projek gas Yetagun hanya berbaki 12 tahun lagi serta tidak memberikan keuntungan besar memandangkan sumber gas dijangka habis menjelang 2030 dan pengeluaran gas sudah dilaporkan turun secara mendadak iaitu sebanyak 20 peratus.

Rafizi berkata, Petronas juga kini sedang melakukan ujian menggerudi telaga minyak dan masih berada di fasa penjelajahan dan pembangunan setakat akhir 2015.

“Namun saya belum dapat apa-apa maklumat blok-blok baru ini menghasilkan minyak atau gas yang mendatangkan hasil kepada Petronas.

“Petronas juga lakukan perniagaan minyak pelincir namun sumbangan kepada pendapatan Petronas adalah jauh lebih kecil,” katanya.

Seramai 47 anggota parlimen pembangkang membuat petisyen itu bagi memberi tekanan kepada Myanmar agar mengiktiraf hak masyarakat Rohingya.

“Kita (Petronas) tidak boleh bawa nama negara dan jalankan perniagaan dengan pihak yang negara musuhi. Ia juga bagus untuk Petronas lakukan perkara ini (hentikan pelaburan di negara Myanmar),” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam), G Manivanan (PKR-Kapar), Datuk Raja Kamarul Bahrin (AMNANAH- Kuala Terengganu), Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) , Datuk Nik Maziah Nik Mohamad (PAS- Pasir Puteh).



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password