Mitos makan mee segera jadi bodoh, seorang doktor pakar tampil buat penjelasan

Mitos makan mee segera jadi bodoh, seorang doktor pakar tampil buat penjelasan

Sejak dari kecil lagi rakyat Malaysia telah didedahkan pengambilan mee segera akan mengakibatkan kepala botak ataupun makan mee segera akan menghidapi penyakit kanser dan lebih teruk lagi apabila makan mee segera boleh jadi bodoh.

Walaupun sudah ditegaskan dengan pelbagai amaran keras, pengambilan mee segera masih popular di kalangan pelajar universiti terutama sekali pada kalangan yang mahu diet.

Mitos ini membuatkan seorang doktor terpanggil untuk menerangkan persepsi sebenar kepada masyarakat masa kini terhadap mee segeara.

Walau bagaimanapun, mee mengandungi lemak dan garam yang sangat tinggi sehingga boleh mengakibatkan darah tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Oleh itu, mee bukanlah salah satu makanan pilihan jika hendak menurunkan berat badan.

Tambah Doktor pakar itu lagi, jika kerap makan mee segera, risiko untuk individu menghidapi penyakit darah tinggi, strok, serangan jantung atau kegagalan buah pinggang adalah sangat tinggi. Jadi, makan mee segera haruslah berpada-pada, jangan jadikan sebagai makanan harian.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password