Mira Filzah umum rehatkan diri daripada media sosial, peminat luah perasaan sedih

Mira Filzah umum rehatkan diri daripada media sosial, peminat luah perasaan sedih

 

Pasti ramai yang adore dengan kecomelan pelakon, Mira Filzah ketika menonton drama-drama beliau di kaca televisyen. Bukan sahaja cantik dan berbakat, malah beliau juga mempunyai pendidikan yang tinggi.

Baru-baru ini pelakon Cinta Si Wedding Planner itu telah memuat naik sebuah status di laman sosial Twitter miliknya mengenai keputusan beliau untuk berehat seketika waktu daripada media sosial.

Tambah Mira, ia bukan kerana tidak tahan dengan kritikan atau kecaman netizen sepanjang berada dalam industri hiburan, namun perkara itu dibuat kerana tidak mahu pengikut tertanya-tanya sekiranya tidak mengemas kini sebarang aktiviti beliau di media sosial.

Rata-rata peminatnya berasa sedih dengan keputusan yang dibuat dan akan sentiasa merindui serta menyokong karier seni artis kesayangan mereka itu.

.

.

Biasalah, ada masa kita perlu bersendirian kerana cuba untuk muhasabah diri. Lagi-lagi bagi selebriti yang mempunyai ramai peminat macam Mira ni. Apa-apa pun, semoga beliau kembali  update perkembangan seni di media sosial pada masa akan datang.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password