

Dalam pertemuan bersamanya di majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Kartini sempat berkongsi beberapa petua ringkas awet muda.


Selain itu, Kartini berkata, dia amat mengutamakan sikap positif dalam menangani isu kehidupan.

“Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak dan mahu sentiasa kekal positif,” ujarnya.
Dalam soal kesihatan pula, wanita ini mengamalkan beberapa senaman ringan termasuk meluangkan 30 minit bersiar-siar di luar rumah.
“Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” dedahnya lagi.
Sumber berita: Astro Gempak