Meskipun gaji dah cecah RM7,500, tetapi ramai yang masih menyewa

Meskipun gaji dah cecah RM7,500, tetapi ramai yang masih menyewa

 

Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap orang, terutamanya di kalangan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun, memandangkan harga rumah yang mencanak naiknya setiap tahun, menjadikan ramai golongan muda yang terpaksa tinggal menyewa saja.

Sebuah laporan yang dibuat baru-baru ini oleh Berita Harian yang mendedahkan mereka yang berpendapatan RM7,500 juga masih gagal membeli kediaman sendiri dan tinggal menyewa.

Menurut seorang pengguna penceramah hartanah, masalah ini sebenarnya berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak betul sehingga menyukaran mereka untuk memiliki kediaman sendiri meskipun sudah memiliki berpendapatan yang agak selesa iaitu di sekitar RM7,500 sebulan.

Baca perkongsian Dr. Azizul Azli Ahmad ini di bawah:

Jika pendapatan isi rumah kita RM7,500 sekeluarga dengan anggaran pendapatan suami RM4500 dan Isteri RM3,000.

Saya cadangkan, suami tanggung perbelanjaan keluarga. Apa sahaja yang BELANJA HANGUS dan sumbangan dibawah batu jelamang suami.

Apa sahaja yang melibatkan SIMPANAN dan PELABURAN atas mahkota isteri. Suami tanggung semua perbelanjaan dapur, kereta, anak, isteri, ibubapa dan zakat.

Bagaimana kita bahagikan Gaji Suami.

1. 15% Kereta RM675
2. 5% Ibubapa RM225
3. 2.5% Zakat Pendapatan 
4. 35% Rumah RM1575
5. 42.5% Perbelanjaan RM1912.

Bagi isteri manfaatkan pendapatan itu untuk Perlindungan dan Pelaburan. Ambil 10% takaful utamakan perlindungan pendapatan buat keluarga dari kad perubatan jika kita tak mampu.

Simpanan untuk keluarga dan anak mohon ihsan isteri yang simpankan. Jika susah sangat nak menyimpan, ambil pembiayaan ASBi sebagai simpanan paksa. Dengan pembiayaan RM1100 sebulan boleh dapat sekitar RM13500 setahun sebagai dana kecemasan dan simpanan pelaburan.

Amacam dik, abang dah tunjukkan highway pada adik. Nak ikut atau terus menyewa hingga abadi dik. Abang cadangkan jer dik, kalau tak nak ikut abang bukan boleh paksa.

Dengan RM1575 sebulan kita boleh beli kediaman RM300,000 kebawah. Mulakan dengan kediaman kecil. Jika perlu jual satu kereta tinggal satu silakan, ia lebih bijak dik.

Selain daripada itu, Dr. Azizul turut berkongsi pendapat beliau mengenai sikap kuat merungut di kalangan orang muda sekarang ini:

Dik abang pun malas nak layang kadang dik bila banyak merungut sangat:

Gaji dah cecah RM7,500 tapi merungut tak mampu beli rumah, abang beli rumah waktu gaji RM1,800 jer dulu. Rumah kecil la tapi.

Merungut hidup susah, tapi kereta Honda dan Toyota dik. Abang kalau yang cakap hidup susah tapi kereta mewah rasa macam nak muntah dik. Mai la naik kereta sempit abang kita hidup berhimpit himpit.

Kata PTPTN zalim dik, tapi waktu dapat duit bukan main beli Iphone dan makan nando’s.

Sanggup hidup menyewa sebab nak lebih selesa, sedangkan bayaran rumah dah sama dengan bayaran beli rumah pertama. Malas buat kira kira.

Kata gaji tak cukup tapi mengadap Lazada sepanjang masa, bungkusan dia paling banyak pejabat terima.

Bila ajak jadi pemandu uber dan cuci rumah sewa, malu katanya. “Gua dulu best Student UiTM, malulah bawak Uber”

Abang dah malas nak layan dik, rasa mengada tu dah melebihi jiwa.

Sumber : Dr. Azizul Azli

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password