“Mereka Baru Kenal Sebulan, Sanggup Dia Melupakan Orang Yang 6 Tahun Bersama Susah Senang” – Erra Natasha

 

Dugaan masa bertunang ini lebih hebat berbanding masa bercinta. Pada masa ini, pasangan akan bertemu yang lebih baik, mengalami kekurangan wang, kekasih lama datang kembali dan pelbagai lagi. Sebab itulah orang-orang tua kata ‘bertunang jangan lama-lama’, bukan apa dugaan untuk membina masjid itu sangat hebat.

Tidak semua orang mampu bertahan dengan dugaan tersebut. Kedua pasangan perlu memainkan peranan dan saling mengingati tentang status hubungan. Jangan sampai ada yang terluka dan malu bila majlis tidak jadi.

Ikuti perkongsian Erra Natasha, mengenai pengalaman dugaan ketika bertunang. Menurutnya, terdapat pihak yang cuba memburukkan namanya menyebabkan dia mengambil langkah untuk meceritakan kisahnya.



Assalamualaikum, kalau boleh saya tak nak tulis benda ini dekat Facebook. Tapi tahap kesabaran dah diuji terlebih lebih disebabkan pihak sana telah memburuk burukkan nama saya sekeluarga.


Ayah sendiri pesan, biar orang buat kita tapi kita jangan balas. Tapi bila kita diam, dia sampai tahap dah melebih, memang tak boleh nak simpan lagi.


Sebenarnya, ramai juga yang hendak tahu. Selagi saya cerita ini tidak dengar dari mulut saya, memang macam-macam cerita yang sampai ke telinga keluarga saya. Maka bermulalah cerita…

 



16/6/2011 – Tarikh pengenalan saya dan dia.


21/5/2016 – Tarikh pertunangan saya dan dia.


Tarikh nikah (yang sepatutnya) 6/10/2017



Persiapan perkahwinan 90% hampir siap. Tapi malangnya pada 28/8/2017, keluarga pihak lelaki datang ke rumah untuk memutuskan pertunangan kami atas alasan dia tidak kuat godaan syaitan (faham-faham sajalah)

Orang ketiga itu merupakan jiran sebelah rumah dia yang beru dikenali sebulan, (budak tingkatan 4).
Dia tergamak melupakan orang yang ada dengan dia (6 tahun) masa dia susah senang dari dia tidak ada apa-apa harta sampailah dia senang sekarang.



Kerja dia pon saya yang carikan, tapi ini balasan yang saya dapat.


Saya dah lama redha dan terima takdir Allah yang jodoh saya tiak berkesampaian. Tapi jangan terus berkata tanpa tahu cerita sebenar. Mak ayah saya ini tidak sihat macam orang biasa dan saya tidak mahu mak ayah saya susuah hati dengan mulut makcik pakcik dan keluarga bawang yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.


Jadi sudah-sudahlah mengata. Ada hikmah benda ini semua terjadi, Allah itu maha mengetahui. Hati manusia berubah sesat saja.


Tujuan saya cerita ini untuk membersihkan nama saya sebab dah macam-macam erita dah saya dengar. Tiga bulan saya mendiamkan diri tapi makin menjadi-jadi. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Masing-masing sama melayan,.


Maka jadikan cerita ini jadikan pengajaran, sebelum buat apa-apa keputusan fikir baik buruknya. Menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Sumber – Erra Natasha

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password