MENYAMAR WAKIL SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TAWAR GANJARAN – HARIAN METRO – 7/11/17

HM (7.11.17) telekomunikasi

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima kira-kira 100 aduan membabitkan sindiket yang menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi terkemuka kononnya menawarkan ganjaran kepada pelanggan dengan mengadakan cabutan bertuah yang membawa pulang wang tunai

RM5,000 sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, bulan Oktober saja PPIM menerima sebanyak 10 hingga 15 aduan daripada mangsa dan ada juga yang mengadu mereka ditipu sebanyak dua kali oleh sindiket itu.

“Mangsa yang ditipu disaran untuk membuat laporan polis dengan kadar segera. Jika tiada alternatif lain, mereka boleh membuat aduan di PPIM di mana pihak kami akan beri sokongan dengan menawarkan maklumat tambahan dan laporan kes yang pernah berlaku kepada mangsa,” katanya mengulas mengenai sindiket itu yang berleluasa menipu orang ramai.

MENYAMAR WAKIL SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TAWAR GANJARAN – HARIAN METRO – 7/11/17 was last modified: November 8th, 2017 by Hafizi



Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password