Mengapa golongan doula wajib diharamkan oleh Bani Jawi

Mengapa golongan doula wajib diharamkan oleh Bani Jawi

 

Korang nak tau kenapa kami marah sangat dengan geng2 Doula Cikebam Cikebum ni?

Sebab selain dari mempromosikan amalan2 kelahiran berisiko, mereka juga sibuk memburukkan perkhidmatan kesihatan awam.

Almaklumlah, untuk menjana pendapatan mereka perlulah memberikan alternatif kepada pelanggan mereka dan cara terbaik adalah dengan memburuk2kan perkhidmatan hospital dan perubatan moden.

Pelbagai tohmahan karut dilempar kononnya pesakit dirogol ketika bersalin dengan istilah “Birth Rape” dan kononnya pesakit trauma mental sepanjang hayat dengan bersalin di hospital yang mana maruah mereka tidak terpelihara.

Juga penggunaan ubat2an dikatakan adalah tidak alami dan Islamik dan membawa pelbagai kemudaratan jangka pendek dan jangka panjang.

Dengan menakut2kan golongan yang jahil, mereka menjana keuntungan. Kelahiran dikatakan sebagai proses natural dan fisiologi dan tidak perlukan bantuan doktor dan perubatan moden pun sebenarnya seperti lembu, monyet dan haiwan2 lain yang tidak memerlukan bantuan.

Lalu mereka ini yang langsung tidak terlatih di dalam perubatan pun mempromosikan kelahiran di rumah.

Kenapa kami marah? Kerana ada beberapa nyawa yang telah melayang.

Sekitar tahun 2012 ada seorang wanita yang terpengaruh dengan dakyah ini dan membuat keputusan utk melahirkan anaknya di rumah di sisi suami dan juga seorang Doula yang femes.

Rentetan perkara yang berlaku kemudiannya adalah amat menyayatkan hati. Anak tersebut telah selamat dilahirkan pada jam 11 pagi namun urinya hanya keluar selepas Zohor. Bagi kami yang belajar ilmu perubatan kesemuanya sedia maklum bahawa membiarkan uri berada selama 2 jam lebih di dalam rahim pesakit adalah kerja gila!

Pesakit kemudiannya telah menunjukkan tanda2 jelas kehilangan darah yang banyak iaitu hemorrhagic shock termasuk mengadu pening dan hampir pengsan. Ini adalah disebabkan tekanan darah yang amat rendah sehingga bekalan darah ke otak telah terjejas. Mana2 pengamal perubatan dan jururawat bidan adalah terlatih untuk mengesan gejala ini dan sudah semestinya akan memberikan rawatan resusitasi yang pantas untuk menyelamatkan pesakit.

Sebaliknya Doula femes tersebut telah mengatakan bahawa ia adalah perkara biasa dan hanya memberikan kurma dan air kepada pesakit. Jilakerr kan?

Kemuncaknya pesakit telah mengalami renjatan jantung spt mana yang diceritakan oleh Doula itu sendiri yang mengatakan mulut pesakit berbuih, terkumat kamit dan matanya melilau. Ini sebenarnya adalah cardiac arrest yang gagal dikenalpasti oleh Doula.

Hanya setelah panggilan 999 dilakukan, rawatan CPR dimulakan kepada pesakit, itupun melalui bimbingan operator kecemasan MELALUI TELEFON! Bermakna, satu hapak rawatan asas kecemasan pun Doula2 sampah ni tak tahu.

Akhirnya pesakit meninggal dunia guys. Memanglah meninggal…dah masuk stage 4 shock (kehilangan darah lebih 2.5 liter) yang sepatutnya dirawat dengan transfusi produk2 darah secara agresif dan rawatan rapi tetapi dirawat di rumah dengan kurma dan air. Jimbet kan?

Paling keji sekali bila Doula tu kata ini semua suratan takdir guys. Siap kata ajal dah tiba dan kata bangga kerana dapat tunaikan permintaan terakhir arwah. Ia adalah satu kematian yang indah kononnya. Syahid dan mendapat pahala.

Cuba kalau pihak hospital kasi alasan macam tu bila berlaku kematian mengejut pesakit macam ni. Aku rasa koma org yang cakap macam tu kena pukul dengan waris.

Lalu hilanglah nyawa seorang mangsa yang sudah semestinya dapat menerima rawatan yang jauh lebih standard dan bermaruah berbanding rawatan primitif di rumahnya. Tinggallah anak2nya yatim piatu dan Doula berkenaan kembali meneruskan bisnes seperti biasa.

Mengapa tiada tindakan? Kerana sebelum rawatan sudah sign Disclaimer siap2 mengatakan ia adalah pilihan rawatan oleh pesakit sendiri dan membebaskan Doula dari apa2 tanggungjawab sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan kata mudah, dah sign surat mati.

Licik kan? Waris pun tidak membuat laporan polis dan tidak saman. Seronoklah Doula bermaharajalela.

Kisah ini kisah yang benar. Ia masih boleh diakses di internet. Dan Doula yang terlibat masih lagi menjalankan perniagaan dengan mengaut keuntungan lumayan hasil manipulasi kebodohan masyarakat.

Banyak lagi kisah sepertinya yang boleh di Google saja utk anda membacanya. Ia menimbulkan kesedihan bagi kami pengamal perubatan yang amat menghargai kesucian nyawa manusia.

Inilah sebabnya kenapa kegiatan mereka ini perlu dihentikan. Saya amat menyokong sekiranya kerajaan Malaysia mengharamkan kegiatan mereka di negara ini kerana mereka tidak membantu sebaliknya menjerumuskan manusia ke arah kebinasaan.

Janganlah tertipu dengan syaithan2 yang bertopengkan agama.

Sumber : Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password