Mengadu Sering Sakit Perut, Rupanya Ada Pemetik Api Sepanjang 9 Cm ‘Tertanam’ Dalam Perut Selama 20 Tahun

Seorang lelaki di China hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit perut, namun terkejut selepas doktor memaklumkan bahawa terdapat pemetik api di dalam perutnya selama 20 tahun sebelum ini.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, Jiangxi Television, lelaki berusia 40-an dari Sichuan itu mendapatkan rawatan daripada hospital tempatan selepas mengalami sakit perut untuk tempoh yang sangat lama.

Doktor yang menjalankan pemeriksaan endoskopi dan menemui objek hitam dan panjang, yang disyaki adalah pemetik api.

Ketika disoal oleh doktor, lelaki itu kemudian mengakui pernah menelah pemetik api kira-kira 20 tahun dahulu, namun tidak memikirkannya memandangkan pada waktu itu ia tidak menunjukkan sebarang masalah berlaku.

Doktor bagaimanapun gagal untuk mengeluarkan pemetik api tersebut daripada perutnya, memandangkan pemetik api tersebut agak besar selain permukaanya yang licin. Selain itu, perut lelaki tersebut juga menunjukkan kewujudan ulcer dan pendarahan.

Percubaan gastroscopy kedua akhirnya berjaya mengeluarkan pemetik api tersebut apabila doktor mengambil masa selama 10 minit untuk menjayakan operasi tersebut.

Walaupun ia sudah lebih 20 tahun berada di dalam perut, doktor berjaya mengesahkan objek hitam tersebut sebagai pemetik api yang sudahpun terhakis dan berukuran 9 cm.

Di dalam satu temu bual, mereka menggambarkan objek tersebut sebagai ”bom masa”, disebabkan ia adalah objek asing yang besar dan berada di dalam perut lelaki tersebut untuk jangka masa yang lama.

Ia mampu mengancam keselamatan nyawa jika pemetik api tersebut masuk ke bahagian usus, kata doktor lagi.

Doktor kemudian menasihati orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan jika tertelan objek asing walaupun tidak mengalami sebarang sakit.

Sumber : Straits Time Singapore

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password