Membongkar sisi gelap, bekas penyanyi K-Pop ini imbas kembali betapa kejamnya dunia hiburan di Korea Selatan

Membongkar sisi gelap, bekas penyanyi K-Pop ini imbas kembali betapa kejamnya dunia hiburan di Korea Selatan

 

Sejak kebelakangan ini, dunia hiburan Korea Selatan dilihat telah mengalami perkembangan yang sangat pesat dan membanggakan.

Meskipun berlainan bahasa dan budaya namun muzik dan drama daripada negara Samyang itu seperti sudah sebati dengan jiwa peminat-peminat mereka di serata dunia.

Namun, di sebalik keriangan dan keceriaan yang terpacar pada wajah anak-anak seni daripada Korea Selatan itu, rupa-rupanya terdapat sebuah sisi gelap yang tidak pernah diberitahu kepada orang ramai, khususnya peminat industri hiburan itu.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ayumi yang merupakan seorang bekas anggota girlband daripada republik itu baru-baru ini telah berkongsi pengalaman pahitnya sewaktu mula-mula bergelar anak seni pada suatu ketika dahulu.

Girlband ini dikenali sebagai Sugar merupakan sebuah kumpulan wanita yang popular pada awal tahun 2000-an sebelum dibubarkan pada tahun 2006.

Menurut Ayumi, kehidupan harian beliau sebagai seorang anggota girlband Korea Selatan itu tidak ubah seperti seorang anggota tentera.

Para anggota Sugar akan tinggal bersama-sama di dalam asrama dan wajib untuk bangun pada jam 5 pagi setiap hari.

Mereka kemudiannya disuruh untuk melakukan senaman dengan berlari mengelilingi kompleks sekurang-kurangnya 30 pusingan setiap hari.

Tidak cukup dengan itu, keempat-empat anggota Sugar juga wajib melakukan senaman lompat tali terlebih dahulu sebelum berangkat ke sekolah.

Apa yang lebih parah apabila mereka tidak diberikan makanan yang mencukupi kerana mahu menjaga berat badan dan mendapatkan potongan badan persis seorang model.

“Mereka tidak memberikan kami makanan yang banyak kerana kami semua masih muda dan ketika muda, berat badan akan lebih mudah bertambah.

Kami hanya memakan biskut atau memakan daun gingko yang dimasak dengan garam supaya kami kenyang.”

Ayumi juga turut menceritakan tentang larangan untuk bercinta semasa bergelar idol Korea Selatan.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password