Meletup & memukau! Ini gaya dan fesyen selebriti di KLFW 2018

Meletup & memukau! Ini gaya dan fesyen selebriti di KLFW 2018

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 telah dihadiri ramai selebriti tempatan tanah air. Ada yang bergaya biasa, ada yang bergaya mengalahkan model. Dan beberapa selebriti ini juga menjadi model untuk memperagakan koleksi pakaian yang ada.

Memperagakan aksesori daripada Roger Viviver dan Victoria Beckham, Scha Alyahya kelihatan garang dan menggoda.

Citarasa Vivy sememangnya unik dan menarik. Tampil dengan pakaian bertona mustard, seperti biasa Vivy kelihatan anggun dan menawan.

Syafiq Kyle penuh bergaya dalam memperagakan pakaian berjenama mewah iaitu Hackett London. Memang kelihatan sangat kacak dan macho la!

Bertemakan hitam dan putih, adik kepada Neelofa ini kelihatan seperti model sebenar. Choker yang dipakai menampakkan lagi kematangan dan keanggunan dirinya.

Maxmara merupakan pakaian yang diperagakan oleh Neelofa. Beliau kelihatan sangat cantik dan memukau seolah-olah primadona tahap antarabangsa.

Fesyen bertema pink, Liyana Jasmay berjaya menyerlahkan seri wajahnya. Memperagakan busana Minluna, dia kelihatan seperti instafamous hijabster gitu!

Fazura menggayakan busana Mimpi Kita dan kelihatan sangat cantik dan memukau. Pakaian ini membawa seri Melayu tradisional kepada gaya yang moden.

Givenchi For Men, jenama di bawah The Melium Group telah dipergayakan oleh aktor Idris Khan. Menampilkan gaya kemas dan maskulin, hitam sememangnya sesuai dengan dirinya.

Penyanyi tersohor negara ini memperagakan pakaian berwarna gelap dan ringkas. Beg tangan berwarna merah jambu menambahkan lagi kejelitaan dan awet mudanya.

Jihan Muse menggayakan pakaian seolah-olah bertemakan bikers. Kelihatan rock dan ranggi la hot mommy ni!

Wowww meletops! Pelbagai gaya dan pakaian yang telah ditampilkan oleh selebriti kita. Semoga KLFW pada tahun akan datang lebih meriah dan berjaya mengharumkan nama negara!

Sumber: Instagram

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password