Melabur beli beg Hermes Birkin lebih berbaloi daripada ‘invest’ dalam emas ataupun ASB2?

Melabur beli beg Hermes Birkin lebih berbaloi daripada 'invest' dalam emas ataupun ASB2?

Semenjak berakhirnya PRU-14 baru-baru ini, beg tangan mewah jenama Hermes Birkin tiba-tiba menjadi perhatian orang ramai.

Bukanlah disebabkan rekaannya yang cantik tetapi harganya yang murah, namun beg tangan ini berjaya meraih populariti kerana telah menjadi sebuah jenama beg tangan kegemaran isteri bekas Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Diperbuat daripada kulit haiwan berkualiti tinggi, maka tidak hairanlah harga sebuah beg tangan ini boleh mencecah harga hampir RM 1 juta.

Menurut sebuah kajian yang telah dijalankan oleh Baghunter pada tahun 2016, selain daripada harganya yang mahal itu, rupa-rupa terdapat beberapa perkara lain yang menarik tentang beg tangan Hermes Birkin ini.

1. Nilai beg ini boleh meningkat melebihi 5000% dalam tempoh 35 tahun.

2. Antara faktor yang menyumbang kepada nilainya yang tinggi adalah bekalannya yang terhad berbanding dengan permintaanya yang tinggi.

3. Pelaburan yang lebih selamat berbanding dengan pelaburan saham.

4. Memiliki bilangan pengumpul yang paling ramai pada tahun 2016 berbanding jenama yang lain.

5. Menjadi simbol kemewahan bagi golongan jutawan. Ibarat memakai Ferrari di bahu kiri.

6. Hanya dijual kepada pelanggan istimewa Hermes sahaja.

Baghunter turut membuat pembandingan instrumen pelaburan yang lain seperti S&P 500 dan emas.

Berbeza dengan pelaburan emas yang hanya memerlukan modal serendah RM1 dan ada juga yang serendah 1 gram emas, untuk melabur di dalam sebuah beg tangan Hermes Birkin ini melibatkan modal yang besar.

Dijual daripada harga serendah USD12,000 sehinggalah setinggi USD200,000, mereka yang memilih untuk melabur dalam beg ini pastinya bukanlah calang-calang orangnya.

Dikatakan, selain daripada Datin Paduka Rosmah Mansor, bintang antarabangsa Victoria Beckham juga turut memiliki lebih 100 buah koleksi beg Hermes Birkin ini.

Sumber : Majalahlabur.com

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password