MASUK WAD ISU ELFIRA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: MASUK WAD ISU ELFIRA
“Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

“Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu.

“Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay,” kata usahawan berjaya, Asyraff Mazlan, 30, yang dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami tekanan selepas didakwa menjadi punca putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.

Menurut Asyraff, dia ditahan di wad selama tiga hari di sebuah hospital di ibu negara, baru-baru ini kerana mengalami tekanan dan perlu berehat dengan pantauan doktor.

Nama usahawan berusia 30 ini timbul apabila spekulasi dimana Elfira sudah jumpa pengganti apabila gambarnya bersama akters itu tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Asyraff juga menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai kekasih dan hubungannya dengan Elfira hanya berkawan baik sahaja.

“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja.

“Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini,” jelasnya.

Sementara itu, Asyraff berkata dakwaan dia menunaikan umrah bersama Elfira dan keluarga juga adalah tidak benar.

Ujarnya, mereka mengerjakan ibadah tersebut dalam kumpulan yang ramai dan foto itu dimuatnaik sebelum pelakon tersebut berdepan dengan kontroversi putus tunang.

“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.

“Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia mengakui jarang menghubungi Elfira dan memilih untuk tidak masuk campur urusan peribadi pelakon tersebut.

“Kami jarang berhubung dan terakhir bertemu semasa sambutan hari jadi seperti dalam foto yang saya muat naik di Instagram tempoh hari.

“Sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan mengenai gosip tersebut kerana ia tidak benar dan kami hanya berkawan.

“Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini,” tuturnya.

Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat netizen apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan penyanyi lagu ‘Terakhir’ itu sudah berakhir.

Pertunangan itu sah berakhir selepas pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password