Mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 1,078

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,078 orang setakat 9 malam ini berbanding 834 orang pada 5 petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kota Bharu, seramai 429 mangsa daripada 108 keluarga dipindahkan ke empat PPS membabitkan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kok Lanas (154 mangsa daripada 35 keluarga), Dewan Orang Ramai Pasar Melor (81 mangsa daripada 23 keluarga), SK Sri Ketereh (180 mangsa daripada 46 keluarga) dan SK Buloh Poh (14 mangsa daripada empat keluarga).

Di Pasir Mas, seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga dipindahkan ke lapan PPS iaitu di Madrasah Haji Daud (42 mangsa daripada 13 keluarga), SK Bukit Jarum (55 mangsa daripada 14 keluarga), Masjid Chasi (10 mangsa daripada tiga keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong (lapan mangsa daripada dua keluarga), Masjid Rong Chenok (17 mangsa daripada lima keluarga), Madrasah Sungai Keladi (lima mangsa daripada satu keluarga), SK Sri Kiambang (37 mangsa daripada 14 keluarga) dan SK Kubang Kual (20 mangsa daripada enam keluarga..

Di Tanah Merah, seramai 131 mangsa dipindahkan ke lima PPS membabitkan SK Kelewek (39 mangsa daripada sembilan keluarga), Madrasah Padang Kijang (44 mangsa daripada 12 keluarga), SK Alor Pasir (33 mangsa daripada 10 keluarga), Balai Raya Bukit Kechik (lapan mangsa daripada satu keluarga) dan SK Bukit Panau (tujuh mangsa daripada satu keluarga).

Di Pasir Puteh pula, seramai 258 mangsa dipindahkan ke tiga PPS membabitkan SK Kamil 1 (82 mangsa daripada 27 keluarga), SK Changgai (152 mangsa daripada 49 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada lima keluarga).

Sementara itu, di Kuala Krai, enam mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu SK Chenulang dan lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS SK Pangkal Meleret, Machang.

Di Bachok pula, seramai 52 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat iaitu 9.68 meter berbanding 9.52 meter pada 5 petang tadi dengan paras bahaya pada 9.0 meter.

Hujan kadang kala lebat dilaporkan terus berlaku di seluruh negeri malam ini.

– Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password