“Mana otak?” – Remy Ishak buat laporan polis

“Mana otak?” – Remy Ishak buat laporan polis – MEDIA OHSEM

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak membuat laporan polis terhadap seorang lelaki di Balai Polis Ampang dekat sini pada Ahad.

Remy menerusi Instagram memaklumkan dia membuat laporan itu berikutan individu berkenaan bersikap biadap selain mengugut untuk menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Bagaimanapun Remy tidak mendedahkan butiran mengenai laporan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Remy buat laporan polis pada Ahad.

“Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya ada buat laporan polis, ada satu mamat ini dia kurang ajar dengan saya.

“Saya faham sekarang ini zaman dunia viral, dunia yang sangat cepat tapi jangan ambil kesempatan dan jangan aniaya kami (selebriti),” katanya dalam video yang dimuat naik.

Dalam video berbeza, Remy yang bakal muncul dengan filem Pulang memberitahu dia memahami zaman hari ini ramai yang ingin mengejar glamor namun mereka tidak sepatutnya menjadikan selebriti sebagai sasaran.

Lebih menyedihkan kata Remy, ada segelintir daripada mereka menggunakan selebriti dengan tujuan mengaibkan selain cara mudah mendapatkan wang.

Remy bakal muncul dengan filem Pulang tidak lama lagi.

“Buat video terutamanya bila berkenaan dengan selebriti sebab nak glamor. Lepas tu, ugut nak viral, nak aibkan, nak fitnah!

“Come on, where’s your brain? Ada banyak lagi cara lain untuk kau dapat duit.

“Kau buat benda bangang macam ini semata-mata nak kampung tahu pasal masalah kau… Bodoh!,” katanya.

Sumber: Mstar

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password