”Mamaaaa, Nak Berak. Dan Semua Memandang”, Wanita Ini Pesan Jangan Malu Dengan Perangai Anak Sebab Mereka Adalah Nikmat Dan Ujian Tuhan..

''Mamaaaa, Nak Berak. Dan Semua Memandang'', Wanita Ini Pesan Jangan Malu Dengan Perangai Anak Sebab Mereka Adalah Nikmat Dan Ujian Tuhan..

 

Perkongsian oleh seorang wanita ini yang dikenali sebagai Adlil Rajiah mengenai pengalamannya membesarkan seorang anak. Untuk pembaca kami yang juga bergelar ibu bapa di luar sana, jom ikuti perkongsiannya dibawah. Semoga bermanfaat.

Tadi someone DMed me on instagram and said,

“Untung la dapat anak macam Haikal. Handsome, bijak, tak banyak ragam. Mesti awak tak pernah experience malu kat tempat awam sebab anak tak buat perangai, kan?”

Hmm.

Nak tergelak pun ada baca mesej macam ni. Sebab terkenangkan baru tadi saya dimalukan. Masa singgah kat Petronas tadi, saya sengaja biarkan Haikal “explore kedai” sementara saya pilih air tin.

Baru je nak capai Nescafe, tiba-tiba,

“Mamaaaaa!!! Nak berak!”

Dan semua orang memandang. Ikutkan hati, nak je buat-buat tak kenal. Tapi sebab Haikal obvious gila berlari ke arah saya, memang tak boleh nak buat apa la hahaha.

Dan masa bayar kat kaunter, sempat mamat cashier tu mengusik,

“Dik, lepas berak kang jangan lupa pam ok?”

Hmm. Sabarlah sabariah. Dan of course itu bukan pertama kali saya “dimalukan”.

I mean, kamonnn mak bapak mana yang tak pernah experience anak berguling-guling kat lantai pasaraya sebab nak mainan, anak terkencing kat kedai makan, anak terjatuhkan barang-barang kat rak kedai, anak main baling-baling makanan lalu termelepek kat muka orang, anak meraung-raung masa orang tengah solat berjemaah.

Kita semua pernah melalui, kan. Kalau tak pernah, kau tunggu. Masa mu akan tiba. Kita semua tahu, seindah mana pun hidup yang dipertontonkan di social media, hakikatnya tetap life is all about struggling. And parenthood is full of challenges.

Kan siang-siang lagi Allah dah beritahu dalam surah At-Taghabun “anak itu nikmat dan UJIAN”.

So once kau beranak je, bersiap sedialah untuk diuji oleh manusia kecil itu

And talking about Haikal dia ni sebenarnya budak biasa je. Ada ragamnya juga. Dan saya, pun ibu biasa. Yang selalu jugak bertukar hijau.

And to be honest, kalau nak dibandingkan dengan anak-anak orang lain, Haikal masih banyak kekurangan. And that is why saya sentiasa pilih untuk tidak membandingkan.

Saya pilih untuk raikan apa saje yang indah pada dia. I just follow his pace, without comparing it to anyone else’s including mine when i was at his age.

Saya percaya, if we keep comparing ourselves (or our child) to others, we will never win. We will never feel enough. Sebab sehebat mana pun kita (atau anak kita), pasti akan ada orang lain yang lebih hebat.

Tapi kalau kita fokus pada diri sendiri, fokus untuk kalahkan diri yang semalam, setiap hari kita akan menang.

By the way, saya nak kongsi sikit some random parenting tips yang saya kutip dari ibu bapa yang jauh lebih berpengalaman, dan save dalam phone sejak sekian lama, sebagai “reminder”setiap kali hubungan saya dengan Haikal renggang. Atau setiap kali saya bertukar hijau.

1. Talk good about your kids, always. 

Di depan, atau di belakang anak, always talk good about them. Your words are the most “hijab-less” doa in the universe. Walau macam mana setan pun perangai anak kau, jaga aib dia, dan bercakap yang baik-baik tentang dia.

Jangan sesekali lupa, yang Allah sedang uji sebenarnya bukan anak itu tetapi kita.

2. Lihat setiap anak sebagai individu unik. 

Tanpa dibandingkan dengan sesiapa termasuk adik beradiknya, anak-anak jiran, anak-anak kawan sepejabat, dan diri kau sendiri. Sebab dia adalah unik. Maka biarkan dia unik.

3. Apa pun jadi, jangan lepas tangan, jangan tarik muka.

Kau kenapa nak merajuk lebih-lebih? Pastu anak ikut tabiat kuat merajuk, tahu pulak tak suka. You’re the parent, you set the right example.

Apa pun jadi, pandang muka anak, peluk dia, dengar penjelasan dia, dengar apa yang dia rasa. Sebab di saat kita rasa anak tak mahukan kita itulah sebenarnya dia sangat perlukan kita.

4. Jangan terlalu engage dengan social media. 

Kajian menunjukkan, ibu bapa yang banyak engagement dengan social media tidak mampu kawal emosi dengan baik dan mudah hilang kewarasan.

5. Live the moment.

Bila anak kat depan mata, lupakan sekejap hal kerja, ketepikan sekejap phone, lupakan sekejap pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki. Beri ruang untuk diri dan anak untuk saling merasai kehadiran each other.

6. Treat your spouse nicely. 

Because that’s how your child will treat you, and their spouse in the future.

7. Jangan ungkit pengorbanan bila marah anak. 

Contohnya, “Mama yang beranakkan kau sampai terburai perut, sekarang kau dengar cakap mama.”

JANGAN

Bukan sebab anak tu perut kau terburai. Tapi sebab Allah yang nak beri kita rezeki dan melalui anak itu. Mengungkit pengorbanan adalah seperti kita taknak pun Allah beri rezeki.

8. Stop chasing “performance goals” (contoh: aku nak anak aku jadi penghafaz quran tersohor), but start creating “process goals” (contoh: aku nak spend sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk baca Quran bersama anak).

Takde siapa dalam dunia ni yang beranak-beranak je terus jadi ibu bapa yang sempurna. It’s a learned skill. So take your own sweet time to learn, to be the parent yang bukan saje disayangi oleh anak-anak, tapi juga oleh Allah.

Sweet dreams, peeps!

I’ll be giving a talk this Saturday kat Saujana Utama Sg Buloh. Saya tunggu kehadiran anda semua ok?

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password