“Makcik bawang tak dibenarkan..” – Hangat bercinta, Amalina Bakri semakin terbuka ‘tayang’ kekasih

"Makcik bawang tak dibenarkan.." – Hangat bercinta, Amalina Bakri semakin terbuka 'tayang' kekasih

Bila tiba musim perayaan apatah lagi sambutan hari raya Aidilfitri bulan ini, laman internet menjadi meriah dengan gambar dan video bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai masing-masing.

Bagi yang jauh di perantauan, cukuplah sekadar sekeping dua untuk dikongsikan kepada para pengikut di laman media sosial dengan memakai busana raya untuk mewujudkan ‘mood’ kemeriahan tersebut.

Sama seperti Dr Amalina Che Bakri yang hanya memuat naik sekeping gambar ‘OOTD’ raya dan selebihnya gambar berdua dengan kekasih hati di laman Instagram miliknya. Wow semakin dilamun cinta nampaknya!

Baru-baru ini, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 itu telah menghadiri pesta akhir tahun yang diadakan pada setiap bulan Jun di Trinity College, University of Cambridge.

We had such a lovely time at Trinity May Ball @trinitymayball, it was magical, Cambridge University you never disappoint us! Check out my IG stories for updates, more pics coming up! 💃🏼💃🏼💃🏼 Dress: @mystiquebysabrina, handbag: @louisvuitton, shoes: @jimmychoo, hair: @toniandguycambridge, make-up: me,myself and I, Car: @bentleymotors #workhardplayharder #trinitymayball #cambridgeuniversity #gonvillehotel #gonvillebentley #greshamhousewellness

A post shared by Dr Amalina (@dramalinabakri) on

Tampil dengan rekaan dress moden, sudah tentu ruangan komen posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji beliau kelihatan ‘gorgeous’ dan ‘stunning’ di samping kekasih ‘mat salih’ tinggi lampai itu.

.

Tidak kurang ada juga yang menyamakan pasangan berkenaan dengan pasangan diraja iaitu Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

.

Tapi rasa agak janggal pula sekiranya tiada komen yang berunsur kecaman dan kritikan apabila penampilan wanita berusia 30 tahun itu kelihatan seksi walaupun di bahagian dadanya memakai ‘skin colour’.

Rupa-rupanya komen ‘membawang’ akan di ‘block’ oleh Amalina dan dia tidak mengalu-alukan di ruangan posting miliknya.

Melepasss hajat makcik-makcik bawang nak tunjukkan tahap mulut puaka mereka kan! Tapi apa boleh buat, siapa la kita nak ‘judge’ orang lain.

Sumber : Amalina Bakri

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password