Makanan ciput dan harga cekik darah. Pelanggan kecewa pengusaha foodtruck lari dari nawaitu sebenar mereka

Makanan ciput dan harga cekik darah. Pelanggan kecewa pengusaha foodtruck lari dari nawaitu sebenar mereka

 

Seperti sebuah fenomena, kemunculan foodtruck yang muncul ibarat cendawan selepas hujan yang memeriahkan industri F&B tanah air dilihat seperti sebuah perkara yang baik.

Meskipun begitu, terdapat ramai orang yang mengadu tentang harga jualan yang mahal yang tidak setimpal dengan kuantiti makanan yang diberikan. Tidak kurang pula yang berpendapat bahawa harga makanan di foodtruck lebih mahal berbanding dengan harga makanan di restoran.

Menurut salah seorang pengguna Twitter, harga makanan yang overpriced yang dijual di foodtruck adalah tidak setimpal dengan kuantiti makanan yang dijual. Tambah Arif lagi, harga sepinggan spaghetti cabonara yang dijual oleh rata-rata operator foodtruck adalah sekitar RM6 sehingga RM7 namun apa diberikan adalah kuah sos Prego semata-mata.

Kenyataan Arif itu kemudiannya disokong oleh beberapa orang pengguna Twitter yang lain yang turut berkongsi pengalaman mereka.

..

Menurut beberapa orang pengguna yang lain, tujuan penjualan makanan di foodtruck adalah sebagai alternatif kepada pelanggan yang tertindas dengan harga makanan yang mahal yang dijual di restoran-restoran sebelum ini.

.

Menurut seorang penguna Twitter, punca harga mahal yang dijual di kedai sebenarnya disebabkan oleh jumlah pinjaman yang besar yang telah diambil oleh kebanyakkan ‘foodtruckker’ di Malaysia.

Menurut Kamarul Yep, kebanyakkan pengusaha foodtruck akan mengambil sekurang-kurangnya pinjaman RM100,000 bagi menampung kos permulaan perniagaan mereka. Selain daripada itu, kos-kos overhead lain yang tinggi yang perlu ditampung oleh pengusaha menjadi salah satu punca mengapa harga makanan yang dijual di foodtruck lebih mahal berbanding di restoran.

..

Namun ada juga yang berpendapat netizen perlu mengambil kira kos modal perbelanjaan food truck ini. Walaupun peniaga ini tidak dikenakan charge sewa tapak tetapi mereka perlu membayar pinjaman harga lori yang dibeli. Selain itu, mereka perlu membayar upah pembantu dan tukang masak yang agak tinggi. Ditambah pula dengan persaingan yang semakin sengit kini.

Sumber : OHBULAN | Joe | Arif

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password