“Makan ubat lepas solat…” – Sudahlah menipu, agama pula jadi tunggangannya

"Makan ubat lepas solat…" – Sudahlah menipu, agama pula jadi tunggangannya

 

Bagi kami, tiada apa yang lebih hina daripada menggunakan agama bagi meraih keuntungan, lebih-lebih kalau melibatkan penipuan dan cuba untuk membuat keuntungan di atas kesusahan orang lain.

Begitulah pengalaman seorang doktor apabila pesakitnya telah menjadi mangsa dakyah-dakyah doktor tidak bertauliah ini yang telah menjualkan ‘ubat-ubatan’ yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit HIV yang dihidapinya.

Sudahlah ‘ubat-ubatan’ itu dijual pada harga yang mahal, arahan yang diberikan pula seperti tidak masuk akal. Makan ubat selepas solat? Really?

“Berapa awak beli ubat2 ni?”
Saya halakan pertanyaan pada dia.
Pesakit HIV saya yang baru didiagnosa beberapa bulan lepas.
Muda orangnya.
Tampak lurus.

“RM600, Dr”
Saya geleng kepala.
Sedangkan di klinik kesihatan dan di hospital, ubat2 HIV dibekalkan dgn kos serendah RM 5 utk pesakit. Ubat2 yang mmg terbukti berkesan untuk memanjangkan hayat PLHIV.

Tertarik dengan janji2 Dr jadi2an di laman sosial, bahawa HIV boleh disembuhkan dengan ubat2 istimewa, pesakit ini terjerat.
Siapa tak mahukan kesembuhan.
Tak perlu pikir penyakit,
Tak perlu pikir ubat.
Inilah mangsa yang tertipu.
Tertipu oleh manusia yang suka ambil kesempatan.

Dijanjikan perkara yg mustahil, tapi nampak indah, pesakit hanya perlu pm dan transfer duit. Pemeriksaan tidak dilakukan langsung. Berapa tahap keterukan jangkitan HIV pun tidak dinilai. Pil2 yg kononnya ubat penyembuh HIV ini dikirim melalui pos.
Dan perlu diambil selama 6 bulan.
Sebulan, kosnya rm600!

Nampak sangat penipunya.
Kalaulah betul Doktor fb ini ada penyembuh HIV, memang confirm namanya dijulang seantero dunia. Memang layak dapat Nobel Prize! Manakan tidak, saintis seluruh dunia masih gigih mencari penyembuh HIV, di Malaysia kita sudah ada ‘Dr’ yang mendahului mereka. Nescaya Dr2 di hospital dan klinik pun berduyun2 akn order ubat daripada insan ‘pintar’ ini.

Sayangnya, ini hanya WAYANG!
Mengambil kesempatan atas kesempitan pesakit HIV yg desperate utk sembuh. Langsung tak berasa bersalah mempermainkan nyawa insan seagama mereka. Apa jadi pada pesakit, ada mereka peduli? Yang penting, duit masyukkkk.

Bagi PLHIV, saya nak pesan, jauhkan diri daripada orang2 yg ingin mengambil kesempatan atas kamu. Dunia sekarang mmg ramai orang sebegini. Go and see a proper doctor. Get urself monitored and treated properly.
People may say a lot of things about HIV, but only u urself can make a change of ur lives.
Nobody else can.

Aiseh, cakap omputeh lagi malam2 ni

Sumber : Dr. Sakinah Sulong

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password