“Makan Sampai Separuh Bekas?!” – Peniaga Bengang Bungkusan Pos Laju Untuk Pelanggannya Dibuka Dan Dimakan..

“Makan Sampai Separuh Bekas?!” – Peniaga Bengang Bungkusan Pos Laju Untuk Pelanggannya Dibuka Dan Dimakan..
“Hari ini Pos Laju buat taik. Saya nak ganti rugi untuk customer saya!” demikian tweet Intan Athirah di Twitternya pada Rabu lalu yang kesal bungkusan produk makanannya telah dibuka dan dimakan separuh menyebabkan pelanggannya tidak berpuas hati.

Menurut Intan, dia membungkus kotak yang dibeli dari pihak Pos Laju itu dengan baik di hadapan kakitangan perkhidmatan itu. Namun tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku selepas dimaklumkan oleh pelanggannya melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya post cantik-cantik. Beli kotak dan bungkus di depan pekerja-pekerja awak (Pos Laju). Kemudian selepas sampai ke tangan pelanggan jadi begini. Siap ada kesan kotak dibuka dan makanan di dalam balang dimakan sehingga separuh. Can you explain??

.

.

“Saya tengah tidur dan tiba-tiba pelanggan menghubungi saya melalui WhatsApp memaklumkan perkara itu. Awak rasa saya boleh lena sambung tidur semula ke? Kerajaan dah berubah, mind set tu berubahlah juga,” tulisnya.

Selain itu, Intan mempersoalkan perkhidmatan Pos Laju yang didakwanya lembab dan tidak sejajar dengan namanya.. Kesal dengan apa yang berlaku, Intan menegaskan itu adalah kali terakhir dia menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

“Dah la PosLaju lembab, bila sampai jadi macam ni. Ini adalah kali terakhir saya akan berurusan dengan PosLaju. Before this lembab nak mampos. Nama je PosLaju tapi lembab.

“So gais, inilah Cheesy Chips yang staff Pos Laju terliur sampai tak boleh kawal nafsu,” tulisnya.

.

Difahamkan, Intan telah membuat aduan mengenai perkara itu. Bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak berkenaan. Ekoran insiden itu juga, Intan menjelaskan dia telah dimarahi oleh pelanggannya.

“Saya dah emel (aduan) pun mereka tak respond. Esok saya nak pergi ke Pos Laju, sakit hati. Orang tak kena macam kita, senanglah cakap kan. Tapi kita yang rasa kena maki dengan customer. Lepas tu nanti dia viralkan kita, dah satu hal. Nasib baik saya dah selesaikan perkara itu dengan baik,” tulisnya.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password