Makan dalam talam bersama orang ramai, sikap rendah diri Lim Guan Eng dipuji netizen

Makan dalam talam bersama orang ramai, sikap rendah diri Lim Guan Eng dipuji netizen

Pejam celik, pejam celik bulan Ramdhan sudah masuk hari yang ke 29 pada hari ini. Malam ini juga merupakan malam terakhir untuk melakukan solat tarawih. Moga-moga kita diberi kesempatan untuk berjumpa Ramdhan pada tahun depan pula.

Semalam, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth. Beliau juga telah memuat naik status di Facebook dan meluahkan rasa gembira apabila makan bersama orang ramai dengan cara makan di dalam talam.

Menerusi statusnya itu, “Seronok makan talam semasa iftar di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth dan pemberian sumbangan kpd ahli qariah dalam Kwsn Parlimen Bagan bersama Lim Hock Seng YB Phee Boon Poh, Sateesh, Soon Lip Chee”.

.

.

.

.

Kerajaan memutuskan untuk memberikan sumbangan khas Aidilfitri sebanyak RM400 untuk semua imam, bilal, siak dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata ia diputuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan akan berusaha untuk berkhidmat untuk negara yang lebih baik dan beliau juga berharap semua umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri dengan gembira.

.

.

.

.

Rata-rata netizen telah memuji sikap rendah diri LGE yang tidak kekoh berbual dengan orang ramai dan makan didalam talam secara beramai-ramai.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : Berita Harian, FB Lim Guan Eng

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password