Majlis Peguam: Kenapa Ambiga jadi sasaran?

Majlis Peguam menyatakan kebimbangan berkenaan gangguan berterusan terhadap peguam Ambiga Sreenevasan berhubung saman yang difailkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Presiden Majlis Peguam George Varughese berkata Ambiga dijadikan sasaran serangan bersifat perkauman dan seksis.

“Kami mengecam serangan peribadi ini. Tindakan menganggu dan mengugut dianggap menghina mahkamah UK dan ia perlu dihentikan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis sedang menyiasat Ambiga di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengulas berkenaan siasatan polis, Varughese berkata siasatan itu tiada asas undang-undang kerana tuduhan dalam kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown belum diterima sebagai kebenaran.

“Sebarang siasatan seperti itu boleh dianggap mengganggu atau menakutkan saksi,” katanya.

Varughese turut menambah, Ambiga dijadikan sasaran peribadi beberapa individu meskipun tuduhan itu dikaitkan dengan ramai individu lain.

Hadi sebelum ini menyaman Rewcastle-Brown di UK berhubung artikel yang disiarkan Sarawak Report yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Najib menafikan tuduhan itu.

[Berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password