“Mahkamah tolak tuntutan untuk penjarakan saya…” – Elly Mazlein luah rasa syukur di Instagram

"Mahkamah tolak tuntutan untuk penjarakan saya…" – Elly Mazlein luah rasa syukur di Instagram

Kerap memuat naik status yang menyindir bekas suami di laman media sosial, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein nampaknya sentiasa berjuang demi masa depan anaknya, Putri Sara Sefhia.

Terbaru, Elly berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur apabila pihak mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya, Azmi Hatta bagi memenjarakan pengacara Mentor Otai ini.

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia 😢 . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di bulan yang mulia kakak Lina dapat keadilan syukur Alhamdulillah. Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata untuk penjarakan kakak Lina.

“Salah satu alasan @azmi_hata adalah, azmi kata kakak Lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia. @azmi_hata sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan manja.

“Tak tahu la bila agaknya @azmi_hata nak move on. Sepatutnya ikut akal logik, kakak Lina la yang lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempurna.

“Kalau nak dibandingkan dengan kakak Lina selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah. Mama dah meninggal.

“Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak. Takpe dugaan untuk kakak Lina. InsyaAllah kakak Lina tak akan mengalah.

“Lepas ni kakak Lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan untuk meminta pihak produksi yang @azmi_hata sedang bekerja memotong gaji @azmi_hata setiap bulan untuk pembayaran nafkah Sefhia yang hanya RM1,500.

“@azmi_hata wajib memberi nafkah kepada Sefhia. Kakak Lina bersyukur dan kakak Lina mampu sara Sefhia dengan rezeki yang Allah bagi ni, InsyaAllah. Cuma kakak Lina nak @azmi_hata bertanggungjawab kepada Sefhia. Tu duit Sefhia, hak dia.

.

“Moga kisah kakak Lina menjadi iktibar buat semua. Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak Lina yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Syukur rezeki kita.

“Buat @azmi_hata, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh tapi bayarlah nafkah anak. Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak Lina tak dapat. Duit iddah selepas bercerai pun tak dapat.

“Tapi kakak Lina tak kisah, kakak Lina halalkan. Tapi duit manja kau jangan buat hal ye. Aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat pergi jumpa kau, baru kau tau,” ujarnya menerusi kapsyen.

OMM doakan supaya Elly dipermudahkan segala urusan dan terus tabah serta kuat dalam membesarkan anak perempuannya yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Elly Mazlein

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password