Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anwar untuk cabar Akta MKN

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menolak cabaran ketua umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN) berdasarkan bantahan awal.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf berkata mahkamah sebulat suara bersetuju saman Anwar bersamaan dengan mempersoalkan kemampuan parlimen untuk menggubal pindaan perlembagaan tahun 1993 yang membenarkan undang-undang diluluskan parlimen untuk dikuatkuasakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, beliau berkata mahkamah ini terikat dengan keputusan pendahulu Mahkamah Tinggi untuk tidak membenarkan rayuan Anwar.

Panel hakim lain Mahkamah Rayuan ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Badariah Sahamid.

Anwar telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan Akta MKN pada bulan Ogos tahun lalu, sehari selepas undang-undang itu berkuatkuasa di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

[Berita penuh menyusul]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password