Mahkamah benarkan NGO cabar pengharaman buku

 

NGO Islamic Renaissance Front (IRF) mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar pengharaman tiga buah bukunya.

Ia termasuk buku tulisan sarjana Islam Turki Mustafa Akyol, Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty yang diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Islam tanpa Keeskstreman: berhujah untuk kebebasan yang diterbitkan tahun lalu.

Dua lagi buku ialah Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1 dan Wacana Pemikiran Reformis Jilid 2, tulisan Dr Ahmad Farouk yang diterbitkan pada 2012 dan 2014.

Buku-buku itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada September dan Oktober lalu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said hari ini membenarkan langkah pertama Farouk itu sebagai pengerusi IRF untuk mencabar pengharaman buku itu.

[Baca berita asal]

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password