“Macam i ni rampas suami orang pulak?…” – Video bercium, Shima Anuar bidas komen netizen

"Macam i ni rampas suami orang pulak?…" – Video bercium, Shima Anuar bidas komen netizen
Lumrah sebagai seorang selebriti, setiap apa yang dimuat naik ke dalam media sosial pasti menarik perhatian netizen. Sama ada perkara baik ataupun buruk ianya menjadi perkara wajib sebagai bahan untuk dikupas oleh ‘makcik bawang’.

Sama juga seperti pelakon, Shima Anuar yang tiba-tiba terkena tempias apabila memuat naik video ‘boomerang’ bercium di laman Instagram miliknya.

Pelakon filem Highland Tower itu membalas kenyataan daripada netizen yang mendakwa dia tidak menghormati bekas isteri suaminya apabila berkongsi video tersebut secara terbuka di laman media sosial.

“Walaupun korang telah menjadi suami isteri, hormat sikit dengan orang-orang yang ada dalam hidup dia sebelum you datang.

“Bekas isteri dan anak-anak, saya mengenali mereka. Mereka semua baik dan sangat penyayang. Tolong la hormat sikit,” komen seorang pengguna yang mengenali isteri bekas suaminya.

Namun komen tersebut telah dibalas oleh Shima kembali untuk menjelaskan situasi dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Urm cara u cakap macam i ni macam i rampas suami orang pulak. Awak kata awak mengenali mereka? Then mesti you tau bekas isterinya dah mulakan hidup baru sebelum i kenal my husband lagi.

“Dan untuk makluman, i baik and tak ada masalah dengan kak Sya and the kids. Selalu je jumpa. Jadi, please please jangan cakap anything macam i ni perampas dan penyebab mereka bercerai. I’m so sorry kalau u tak suka tengok,” balasnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat meminta agar dirinya menghiraukan sahaja komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya.

Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada April tahun lalu dan dikurniakan seorang puteri bernama Marian Sophia  pada 12 Disember tahun lalu.

Sumber : Shima Anuar

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password