“Macai Neelofa akan buat aku terkenal malam ini…” – Zarina

Hari ini jadi kecoh apabila pelakon Zarina Anjoulie dikatakan sedang berperang dengan rakan selebritinya, Neelofa di media sosial.

Berdasarkan kepada tinjuan di Insta Story Zarina, beliau dilihat seperti sedang meluahkan perasaan geramnya kepada para peminat Neelofa yang tidak berhenti-henti menyerangnya di Instagram.

Difahamkan, kontroversi ini tercetus setelah Zarina memuat naik sebuah kenyataan yang berbaur menyindir pengacara popular itu susulan kenyataan Neelofa mengenai penggunaan barang tiruan di kalangan selebriti.

Kenyataan yang berbunyi “Kalau dah pakai hijab itu x yah lah gi zouk” itu telah dimuat naik Zarina di Insta Story nya yang kemudiannya telah membuatkan ramai peminat Neelofa triggered dan menyerangnya sebagai menunjuk tanda tidak berpuas hati dengan tindakan Zarina menyindir pedas idola mereka itu.

Sebagai bertindak balas terhadap serangan yang ditujukan kepadanya itu, Zarina kemudiananya telah memuat naik sebuah status yang ditujukan khas kepada para peminat Neelofa dengan menggelarkan mereka sebagai macai.

Susulan serangan itu, Zarina telah menggelarkan tindakan para peminat Neelofa itu sebagai kelakuan buli siber selain memerli mereka yang kononnya tidak berpelajaran.

Peperangan di antara Zarina tidak terhenti setakat itu sahaja. Beliau juga dilihat sedang berbalas sindiran dengan peminat Neelofa dengan menyindir imej idola mereka itu yang memakai beg pasar malam.

Selain daripada diserang peminat Neelofa, Zarina turut mendedahkan yang ibu pelakon itu telah mengadu kepada bapanya memberitahu anaknya itu dibuli Zarina.

.

Zarina turut menasihat Neelofa supaya menasihati para peminatnya supaya menghentikan serangan buli siber itu. Sekiranya berkeras, beliau tidak teragak-agak untuk mengadu perkara tersebut kepada bapanya yang dia sedang dibuli oleh peminat Neelofa.

Sumber : Zarina Anjoulie

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password