“Maafkan Ibu Sayang, Ibu Tak Sengaja” Wanita Ini Akui Menyesal Selepas Anaknya Maut Tertinggal Dalam Kereta

 

“Maafkan ibu, maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” demikian jeritan Hasmah Masroh, 32, selepas anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam, lapor Harian Metro.
Nur Awfa Humaisha dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di dalam kereta ibunya yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu 3 Port Dickson.

“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa. Ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi (semalam) Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” katanya di perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD).

Menurut rakan Hasmah yang dimaklumkan mengenai apa yang berlaku sebelum kejadian itu berkata, Hasmah mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta.

Sebaik saja tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat sehingga tidak sedar anaknya tertinggal di dalam kereta.

Bapa mangsa, Muhammad Ali Riduan, 30-an berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari tadi selepas dimaklumkan oleh isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin AHmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Si ibu hanya menyedari anaknya tertinggal selepas empat jam, terus bergegas berlari ke kenderaan untuk mendapatkan mangsa.

“Malangnya mangsa sudah tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan sudah meninggal dunia dan dirujuk ke HPD,” katanya.Hasil bedah siasat mendapati, kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, jenazah telah dikebumikan di Telok Kemang selepas solat Maghrib tadi.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password