“Maaf, Saya Tak Mampu Menyara Anak-Anak Saya.” Ibu ‘Instafamous’ Bunuh Anak Gara-Gara Tak Mampu Tanggung Hutang Selepas Bercerai Dengan Suami..

"Maaf, Saya Tak Mampu Menyara Anak-Anak Saya." Ibu 'Instafamous' Bunuh Anak Gara-Gara Tak Mampu Tanggung Hutang Selepas Bercerai Dengan Suami..

Seorang wanita mengaku membunuh dua orang anaknya sebelum membakar mayat mereka disebabkan menanggung terlalu banyak hutang sehingga tidak mampu menyara dua kanak-kanak malang itu.

Elena Karimova, 27, ditahan dan disiasat kerana membunuh dengan cara mencekik anak perempuannya, Khadizha, 4, dan anak lelakinya, Suleiman, 2, di belakang tempat duduk belakang kereta di Nizhny Novgorod, Rusia.

Elena yang menjalankan perniagaan online di Instagram dan mempunyai lebih 21,000 subscribers itu kemudian meletakkan dua mayat anaknya itu dalam bonet belakang dan pulang ke rumah seperti biasa.

Pada keesokan harinya, Elena pergi ke sebuah stesen minyak untuk membeli petrol sebelum membawa mayat anak-anaknya ke dalam kawasan hutan untuk dibakar bagi menghilangkan bukti.

Bimbang perbuatannya dikesan, Elena kemudian membawa mayat anaknya yang rentung itu ke sebuah gudang terbiar untuk dibakar semula pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari selepas bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran di gudang tersebut.

Menurut seorang penduduk, Evgeny Katyshev berkata, bomba pada awalnya menyangka ia bangkai anjing yang rentung. Namun selepas mengamatinya, ia merupakan mayat kanak-kanak.

“Mayat itu rentung sepenuhnya dengan hanya satu kaki saja tinggal, menyebabkan agak sukar untuk mengenal pasti jantina mereka,” katanya.

Siasatan polis juga menemui kereta sewa milik Elena berhampiran lokasi kejadian yang membawa kepada penahanannya.

Elena memberitahu, dia bercerai dengan suaminya beberapa bulan lalu dan sejak itu terpaksa menanggung hutang serta membesarkan anaknya seorang diri.

“Saya tidak mampu menyara anak-anak saya. Saya minta maaf di atas apa yang berlaku. Saya juga tidak tahu bagaimana saya nak melalui semua ini.

“Saya tinggal dengan suami saya dan apabila kami bercerai, sukar untuk saya nak menyara dua anak saya itu,” katanya.

Meskipun berdepan dengan masalah kewangan, siasatan juga mendapati Elena membelanjakan 470 RUB (RM2,511) untuk kereta sewa dan bercuti ke luar negara.

Sementara itu, keluarga dan rakan-rakannya juga terkejut serta tidak percaya Elena mempunyai keberanian untuk bertindak sekejam itu.

“Kami tidak percaya. Dialah ibu yang paling penyayang dan bagaimana dia boleh bunuh anak-anaknya?

“Kami tidak tahu apa yang terjadi tetapi kami tidak percaya itu (mayat) adalah anak-anaknya,” kata Natalia Testenkova, ibu kepada Elena.

Dua minggu sebelum kejadian itu, suspek menulis ucapan harijadi untuk anaknya.

“You are my soul, my dearest little one, the long-awaited daughter. The one for whom I am always on my feet. The one I live for. You are my copy.”

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password