LUKA PUTUS TUNANG – Hans Isaac

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: LUKA PUTUS TUNANG

 

Meskipun sudah lama solo selepas putus dengan tunangnya, Gabriella Robinson, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac mengakui sehingga kini beliau masih lagi terluka dengan kisah yang berlaku Oktober tahun lalu.

Hans berkata, dia sukar melupakan perkara yang berlaku kerana dirinya begitu komited, menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya dalam perhubungan tersebut sedangkan pihak di sana bersikap sebaliknya.

“Sakit itu ada lagi. Saya kecewa kerana setelah saya membuka pintu hati untuk serius dalam hubungan tetapi perkara tersebut tidak menjadi.

“Saya terpaksa memutuskan hubungan kerana pihak sana tidak memberi seratus peratus komitmen seperti yang telah saya berikan,” tuturnya.

Menurut Hans, peristiwa tersebut juga menyebabkan dia belum bersedia untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya buat masa ini.

Bagaimanapun, pelakon filem ‘Cinta Luar Biasa’ ini menambah, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dengan wanita lain tetapi tidak bersedia untuk bercinta lagi.

Ini kerana kata Hans, beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan hati yang telah terluka.

“Mungkin saya memerlukan masa selama tiga tahun untuk memulihkan hati. Saya juga sukar untuk membina hubungan yang serius selepas ini,” ujarnya yang tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca sebenar kisah putus tunang tersebut berlaku.

Pada 28 Februari tahun lalu, Hans mengumumkan pertunangannya dengan seorang model dan merancang untuk berkahwin pada 29 Julai 2017, namun perancangan tersebut telah ditunda dan akhirnya dia mengesahkan pertunangannya sudah terputus.

Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah kita mempunyai impian untuk hidup bersama. Apapun, kami harap Hans bertabah dengan dugaan.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password