LUAH RASA KECEWA – Dira Abu Zahar

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: LUAH KECEWA
“YAB Datuk Seri Najib, saya harap Datuk Seri Najib berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Walau yang dicanang kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya.

“Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik kita semata,” ujar pelakon Dira Abu Zahar.

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila terdapat golongan dalam masyarakat melemparkan penghinaan dan bercakap buruk mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 34, menerusi Instagram miliknya berkata, dia percaya setiap yang berlaku pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Dira yang juga exco Puteri Umno berkata, setiap perkara yang baik perlu dijadikan tauladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan. Dia juga meminta orang ramai tidak terus menghukum bekas perdana menteri itu tanpa belas kasihan.

Tambah pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu lagi, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dia juga berjanji untuk terus memperjuangkan parti Umno dengan semangat baharu bersama atau tanpa presidennya.

“Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga,” tulisnya.

.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password